Pada hari ketiga di India, jam 5.30 pagi kami sudah keluar dari hotel dan berjalan kaki menuju ke Stesyen Keretapi Delhi. Untuk berjalan pada waktu begini tidaklah menakutkan berbanding ketika berada di lorong-lorong hotel pada tengah malam (seperti pada hari pertama sampai di India). Suhu pada waktu pagi sangat sejuk! Pakai jaket sambil menapak dan mengangkut beg pun tak berpeluh.
Sangat pasrah dan bertabah hati kami meneruskan perjalanan ke Jaipur. |
Di kawasan rehat, terlihat dua jejaka yang macam dikenali.... Hahahahaha..... Hero hindustan kah???? Bab posing memang tak 'hengat'! |
PLaCe To STaY iN JaiPuR : MaYa NiWaS
Sebahagian kawasan lobi dan tangga hotel. Gambar lain dah tak payah letak, banyak sangat! Hahahahaha.... |
Arjun kuchhal
Mobile No. : +91 9829063600
Kunal kuchhal
Mobile No. : +91 9829067776
56, Hathroi Fort, Hari Krishna Somani Marg,
Ajmer Road, Jaipur Rajasthan 302001
Email: mayaniwas@gmail.com
Kunal kuchhal
Mobile No. : +91 9829067776
56, Hathroi Fort, Hari Krishna Somani Marg,
Ajmer Road, Jaipur Rajasthan 302001
Email: mayaniwas@gmail.com
Makan tengah hari kami, nasi putih, telur mata, air epal dan sambal kelapa ikan bilis yang dibawa dari Malaysia. Lapar ni sebab pagi tadi hanya bersarapan biskut sulam air kosong je... Jom makan! |
PiNK CiTY, JaiPuR
Selesai makan, kami terus keluar untuk memanfaatkan masa yang ada sepenuhnya. Di luar hotel ada sebuah tuk-tuk dengan pemandu yang mengenalkan dirinya sebagai Ahmad Gulzar. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan tuk-tuk beliau dengan harga Rs500 /sehari.
Terdapat lima pintu masuk ke Pink City, dan kami sempat bergambar di Amer Gate.... Meh camhore :p |
AmBeR FoRT, JaiPuR
Diorang ni dari mana pula??? Lokasi aku : Berenti sat kat tangga sambil ambil gambar... |
Maklumat mengenai Amber Fort boleh klik kat sini. |
Maota Lake dan taman yang terletak di bawah Amber Fort pada separuh perjalanan ke pintu masuk Amber Fort. |
Dah penat mendaki nih.... harap-harap depan ni larr pintu masuk kota. |
Taman bunga yang terletak di dalam kawasan kota |
Keseluruhannya, Amber Fort memang sangat super duper marbeles dan berbaloi-baloi untuk bukan setakat pergi, tapi mendaki dan meneroka bangunan-bangunan yang ada di dalamnya. Terus-terang, tiba-tiba aku teringin nak duduk dalam istana bila masuk jalan-jalan dalam kubu/ kota ni. Overst tak?????? Eeeee bestnya :D ~wiNK
Cerita lain:
1. Jangan percaya pada sesiapa di stesyen keretapi di India mahupun di mana-mana pusat pelancongan kerana kebarangkalian untuk ditipu sangatlah tinggi.
2. Kami melayan lagu tamil(?) selama 4 jam dalam perjalanan ke Jaipur. Fuh makk aiii, boleh tahan nak pusing kepala aku ni dok dengar lagu yang lebih kurang sama je bunyi nya antara satu lagu ke satu lagu. Ke ada 2 lagu je dalam kaset tu, pastu dok rewind sampai sepuluh juta kali?????? Hurmm.....
2. Kami melayan lagu tamil(?) selama 4 jam dalam perjalanan ke Jaipur. Fuh makk aiii, boleh tahan nak pusing kepala aku ni dok dengar lagu yang lebih kurang sama je bunyi nya antara satu lagu ke satu lagu. Ke ada 2 lagu je dalam kaset tu, pastu dok rewind sampai sepuluh juta kali?????? Hurmm.....
10 comments:
Wow penggunaan ayat yang agak nak skema!!!!! Hahhahaha.....
Retisss sangat gambar2 2pemuda tu,
Janggel,
Hahahahaha... tu larrr tebiatssss namanya...
nasi tu nampak cam byk... penuh satu mangkuk eh hehe...
@Retna,
Ha'ah banyak sungguh! Yang habisnya dua bekas je, satu lagi terpaksa simpan untuk makan malam.... Set telur pun sepatutnya tanya dulu, kan jenuh nak habiskan seorang dua biji tu! Hehe kenyang yakmats!
sampai bebile aku akan ingan kisah korang kene tipu kat stesen keretapi tue weh....geram betollll!!
maya niwas tue memang canek la..
n amber fort..sedih sebab aku x pegi ;(
Cntiknya pemandangan kat gambr.He2
@Maszuber,
Memang akan dikenang sampai bila-bila. Rasa cam terpukau pun ada sebab dah ter'trap'kan... Cess cess cessss... Walau macam mana pun tetap pasrah bila dah namanya dugaan dan pengalaman :D
@Fedo,
Terima kasih... Tempatnya juga cantik bah!~
1st gamba mmg cun....2nd Kemain retis bolly 2 org tu...hehe cm samseng dlm devdas je...hehehe 3rd trn dr tren musti kpl berpusing2 pas dgq lagu tamil kn
@Hamra,
Ha'ah Devdas kan!!! HAhahahahaha...
Kepala bukan takat pusing, otak pun pusing-pusing sekali...
Post a Comment