FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, February 11, 2009

TeaTeR MuziKaL iBU ZaiN


Teater Muzikal Ibu Zain akan dipentaskan semula!!!! Terima kasih kepada cik Koishie kerana maklumannya. Tak sabar nak pergi menonton kerana nama besarnya dan lagi tak sabar nak pergi menonton setelah membaca review persembahannya yang terdahulu :)

Teater Muzikal Ibu Zain dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, Istana Budaya, Matic, Aswara dan De’Media & Event Entertainment.Muzikal ini diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan dan diarah oleh Rosminah Mohd Tahir yang menjadi penulis skrip asal.Muzikal ini pernah dipentaskan pertama kalinya pada 12 hingga 18 Ogos 2008 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51 tahun.

Teraju utama teater termasuklah Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengki Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain. Turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj. Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain. Datin Natasha Hudson juga akan membintangi teater ini sebagai Miss Ruth.

Persoalannya, "Siapa Ibu Zain?". Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman merupakan seorang nasionalis yang berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Beliau sanggup berjuang ke mana sahaja sehingga ditembak oleh komunis di pahanya. Parut di pahanya itu dianggapnya sebagai Peta Merdeka. Ibu Zain adalah Ketua Kaum Ibu Kebangsaan yang kedua atau sekarang dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO. Ibu Zain tokoh guru yang banyak berjasa juga tokoh persuratan dan penulisan.

Jom kawan-kawan kita ke MatiC :)
Tarikh persembahan : 13 - 22 Mac 2009
Tempat : MatiC
Harga tiket RM20, RM30 dan RM50.

Perjuangan & keringat serta air mata seri kandi inilah membawa kebahagiaan kepada kita hari ini. Dia pernah difitnah. Dia pernah ditembak. Dia pernah kehilangan suami,tapi dia tetap gagah demi bangsa, agama & negara. Dialah Ibu Merdeka. Saksikanlah Teater Muzikal Biografi Ibu Zain Anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan AMAN Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, MaTic, ASWARA & Istana Budaya.
Post a Comment