FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, February 17, 2009

MeNiPu DeNGaN BiJaK??

Aku berbicara dengan seorang teman melalui telefon semalam. Niat mahu mengajaknya keluar. Aku sungguh kusut dan buntu. Pada kebiasaannya, aku akan merancang untuk bertemu dengan teman-teman, berbicara dan mendengar kegembiraan orang lain. Berkongsi kegembiraan orang lain mahupun meminjamkan telinga mendengar kesedihan orang lain. Itu sudah cukup untuk aku melupakan apa yang ku rasa. Apalah sangat yang aku ada berbanding dengan manusia-manusia lain di luar sana. Aku sendiri tidak pandai untuk meluahkan perasaan.

Kebetulannya temanku mempunyai pekerjaan yang harus diselesaikan. Terbantut pertemuan yang diharapkan.

Ditanya kepadaku, "Mengapa?"

Jawabku, "Tidak ada apa-apa."

Katanya aku tidak pandai berbohong. Aku ulangi, "Tidak ada apa-apa. Jangan risau."

"Jangan menipu kerana kamu tidak pandai menipu."

"Jadi, apa yang harus aku buat? Ketawa sambil mengatakan tidak ada apa-apa?" (Wah, persis orang gila jika aku perlu berbuat demikian).

"Kamu perlu berterus terang sahaja atau jika tidak, menipulah dengan bijak."

"Menipu dengan bijak?"

"Menipu untuk mengembirakan orang lain atau kamu boleh terus sahaja menipu untuk menyakiti orang lain." sambung temanku.

Oh, aku tidak pandai untuk melakukan itu. Tidak pandai melainkan hanya untuk bergurau dan menyakat teman-teman, tetapi itu juga sebentar. Akhirnya aku akan gelak dan kantoi!!

Percayalah aku tidak berniat untuk menyakiti orang lain. Biarlah kerana aku tidak mahu menyusahkan. Aku juga tidak cukup tabah untuk menerima kenyataan atau sebarang penipuan. Bukankah mereka semua mengatakan aku seorang yang sentiasa menguntum senyum, berbicara dengan semangat dan ketawa dengan ria. Pada mereka, aku tidak kenal masalah dan kesedihan. Biar ia kekal begitu kerana ia memang begitu.

11 comments:

Nur said...

i know u too maz!

just leave me a offline YM, maaf kerana takleh online sokmo..busy!

doakan aku kat sini....pedulik lah teman itu...mungkin jua dia tgh kusut masai! :S

masMZ KaKiJaLaN said...

I know u do :) thanks fakhzan for sharing with me. Glad to have u as a friend, as a sis.
My pray always be with u.

* Tak sabo tunggu ko balik, pehtu kita layan paso malam TI deh!!!!

Ophe said...

memberi senyum kepada dunia dan senyum itu akan kembali kepada kita. Memberi guruh kepada alam, maka gelap suram jugalah yang datang bertandang... ermm..

masMZ KaKiJaLaN said...

cik Koishie memberi kata-kata yang sangat mendalam... saya suka memberi senyum... biar dunia melihat keriangan... bagai riang-riangnya tak tidak kenal duka.

Ren said...

Nak belajar dengan cik mas la cara-cara menipu dengan bijak....hehehhee....

masMZ KaKiJaLaN said...

aaaaaa macam "aku g sorang jer!" erk!!!!! akuikui.....
weH, DeN RasO, DeN YaNG KeNa Pi BeLaJaR NGaN Ko. EkekEKe.... TaPi DeN TaK RasO DeN saNGGuP. ERmmm....

Ren said...

Nak belajor yang mana tuh??? aku selalu tertipu dengan bijak jer....

masMZ KaKiJaLaN said...

ahahahahaahaha

Anonymous said...

kadang kadang kita manusia ni buat silap dalam taksedar,sekadar untuk menguji apasalahnya,errr siapakah yang dimaksudkan denhan temanku...?
adakah dia teman atau .....?

Mix Goat Farm said...

Cik mas boleh ajarkan tak mcm mana nak "menipu dengan bijak" itu.
Kekadang perlu juga lah rasanya,untuk kebaikan tanpa ada niat untuk melakukannya lagi.
PEACE NO WAR

masMZ KaKiJaLaN said...

Cik Amid, saya setuju dengan cik Amid tentang kadang-kadang ada keperluan untuk menipu dengan bijak. Mungkin selepas ini kita buka entri menipu dan menguji.. Di mana batasnya???

Saya menipu dengan bijak kerana teman itu sebenarnya adalah encik lemang opah style. Teman yang telah kubukakan pintu hati untuknya. Barangkali ... .

Adakah saya telah menipu dengan bijak, kerana saya memang sengaja tidak mahu meletak nama sesiapa kerana entri ini kurang manis. Tidak mahu memburukkan sesiapa dan encik lemang opah style, saya juga tidak berniat untuk mengatakan itu anda.

PEACE NO WAR..... LARIKKKKKKKK.....

* MAHU MEMBERI SENYUM, MENGHULUR TANGAN KERANA IA KEGEMBIRAANKU...