Engkau ini,
Entah kerana degil?
Entah kerana ego?
Entah kerana malu?
Sebenarnya engkau tahu
Itu derhaka namanya
Tetapi mengapa engkau biarkan?
Engkau degil, kenapa?
Bukan degil, aku tak mahu
[Ah! Alasan!]
Engkau ego, kenapa?
Bukan ego, itu bukan aku
[Ah! Alasan lagi!]
Jadi? Engkau malu? Kenapa?
Erm… susah…
Sebenarnya aku sudah mula memahami
Aku salah, jadi aku malu
Engkau sebenarnya degil
Degil engkau yang tidak bertempat
Engkau juga ego
Ego engkau juga tidak bertempat
Mengapa tidak dibuangkan malu itu?
Malu engkau sangatlah tidak bertempat
Kalau engkau faham
Rendam degilmu
Koyak egomu
Hapuskan malumu
Kasih sayang itu tiada sempadan
Jangan derhaka, ibu mu sayang akan kamu
Ketepikan semuanya, pulanglah.
* [buat insan yang bernama anak]
9 comments:
hehehe
aku pinjamkan puisi ini buat seorang anak yang sering membuat si ibu menunggu di muka depan pintu... ermm..
alu alu
salam,
mak kau soh kawin ker? hehehhe...jangan derhaka ka Mas! teruskan nia suci mak kau ni...:D
en. savvy, sejak bila ada acc. nie?
cik koishie, si ibu menunggu, si ibu rindu, si ibu menitiskan air matanya... sanggupkah seorang anak membiarkannya???
alu alu.....
Salam buat sahabat yang berada di perantauan.. sudah berapa lama tidak bersuara di sini mahupun di'rumah'mu.. Sudah siapkah literaturemu?
Cerita lama yang dibuka kembali, namun itu takkan menjadi penghalang untuk aku pulang.
Uiii balik rumah bestnya!!! :)
:D
Sudah, cuma nya, aku tidak tahu ia betul atau tidak, SV ku tidak lagi membalas e-mail ku, akan ku redah dan jumpa beliau selasa ini kalau dia tidak mengendahkan emel ku itu!
uishhhhh mas, kau pun tahu, syurga itu ditelapak kaki ibu bukan? Nah, berlaku adillah pada wanita yang mengandungkan kita.
Apa kata, kali ini, ikut sahaja kata2 beliau? *wink wink*
Apakah ayat2 terakhir mu itu? Mau men"jeles"kan aku kah? Wuaaaaaaa!
yezzaaaaaaa.......
satay makcik 'Ye', jagung bakar 'pedas', goreng pisang padang tembak, popia goreng teluk intan, air jambu pasar malam....... uiiii banyak lagi nih!!!!!!
Yang, siapa adik2 ko yang balik nih???? nak g umah makan ketam!!! ahaksssssss......
[wahhhhh menyakat orang di pagi hari!!!! u just me smile :D]
*wiNK*
aku hanya tumpang membuat senyum.. :)
Post a Comment