FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 27, 2009

MeNCaBaR DiRi SeNDiRi - SuKsEs

Bagaimana aku mencabar diri sendiri?
Bagaimana anda mencabar diri sendiri?

Bagaimana aku mencari kekuatan aku?
Bagaimana anda mencari kekuatan anda?

Aku selalu mencabar diri aku sendiri. Adakala aku berjaya, adakalanya aku gagal. Aku mengambil inspirasi. Aku juga berlawan dengan diri aku sendiri. Aku berlawan dengan keadaan.

Aku kagum dengan ramai orang. Kalau nak disenaraikan di sini, panjang pula ceritanya. Tapi aku tetap mahu berkongsi kekaguman aku pada seorang sahabat. Sahabat kepada sahabat baikku, dan akhirnya menjadi sahabatku jua.

Dia, sangat senang untuk didekati. Fun to be with. Sangat bersemangat. Lagi bersemangat apabila bercerita to what he is really in. Maka apabila dia mula bercerita, kita cuma perlu mendengar sahaja. Dia sangat bersemangat dan entah - memberi semangat sebenarnya.

Dia sibuk. Kalau sedang bekerja, jangan diganggu. Beri ruang. Baik tuan!! (bukan apa, telefon susah nak dapat! Tapi tidak mengapa)! Sepanjang perkenalan, sibuk bagaimanapun, dia akan kembali juga untuk bertanya mahupun memberi jawapan. Cuma, sabar sajalah cepat atau lambatnya (biasanya tak akan lama, tapi paling lambat tengah malam sehabis mesyuaratnya!). Mana tidaknya, kalau hari kerja dan hujung minggu jadualnya penuh!! Dan dia masih bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Aku pernah bertanya, “Eh, ko tak penat ke?”
“Tidak, aku muda lagi. Selagi aku kuat dan bertenaga, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala cita-cita aku.”

Baru ini aku bertanya lagi, “Ermmm... macammana?”.
Jawapan yang diberikan, “Eh, aku OK!! Orrait!”
Jadualnya masih sama, sifatnya masih sama. Pekerjaannya semakin maju, hobinya juga membawa dia lebih jauh, kehidupannya juga kini lebih bahagia!!!! Semoga dirinya lebih sukses.

Sukses juga buat teman-teman yang membaca blog ini. All the best....
Fakhzan, i know u can do it!
Yanie, suksess di pejabat baru... Uiiii bila kita nak lunch date nih???
Cik Koishie, salam pejabat. Hahaha.... Dah ok ker?
Cik Janggel, sukses yerrrr menyiapkan tugas2 yang ditanggungkan. (Cit! kata sibuk, camno leh ado kek Midvalley tuh?!!! Pesal ko balik kampung awal???? eeee jeles!)
Cik Amid, oooOyaaaaa...... never give up. Teruskan usaha. Buat yang terbaik... Chaiyok! Chaiyok!!....... Cerita kambing, blog kambing, jual kambing, koperasi kambing aiiii macam-macam......
Teman-teman di pejabat yang membaca, semoga sukses tanpa gangguan.
Pembaca-pembaca lain yang saya hormati, semoga anda juga berjaya di dalam apa yang sedang diusahakan.

[Buat diri aku sendiri..... muahahaha...... teruskan mencabar diri sendiri and find ur strenght.. Strong girl bebeh!!!!]

8 comments:

Ophe said...

"Cik Koishie, salam pejabat. Hahaha.... Dah ok ker?"

Kalau sudah punya kesempatan menyinggah di blog kamu ini, tentu sahaja aku dalam keadaan ok.. :) terima kasih yaaaa masmz..

Nur said...

mas

you are more than capable to achieve what your heart desires!

chaiyo'2!!!

cant wait to see you and hear all the gossips...jangan lupa doakan aku kat sini ok...

masMZ KaKiJaLaN said...

'Auk'lah.... kita semua pasti sukses dalam perjuangan!!!!

Cik Koishie, sama-sama... (saya sebenarnya telah lari meninggalkan pejabat baru2 ini.. Aiyaya..)

Fakhzan, hehe.... bila nak balik nih?!!!! Ermmm gossipssss.....

Ophe said...

"saya sebenarnya telah lari meninggalkan pejabat baru2 ini.."

Lari? pecut 100m atau lari 400m berganti-ganti? :)(membuat jenaka yang tidak lucu..) Bukalah entri tentang itu jika kamu tidak keberatan untuk berkongsi cerita.

Ren said...

Cik Janggel, sukses yerrrr menyiapkan tugas2 yang ditanggungkan. (Cit! kata sibuk, camno leh ado kek Midvalley tuh?!!! Pesal ko balik kampung awal???? eeee jeles!)

Jawapan::

InsyaAllah semoga doa anda dimakbulkan agar saya dapat menyiapkan tugas2 rasmi di pejabat! hahahah poyo je bunyinya...
Ehem..ehem...nasib arr dah bercuti, tu pasal la ada kat Mid Velly...sale OK!!! 70%!,50%! adoyaiiii bertambah rabun mataku ini melihat sepanduk-sepanduk itu!

masMZ KaKiJaLaN said...

cik janggel rabun mata jer ke??? poket tak rabak??? Hahahaha

cik koishie, hehehe... tunggulah kalau ada kesempatan... lari2 anak jerrr tapi tahap merentas desa jugak larrr... ekekeke *wiNK*

Mix Goat Farm said...

cik mas
selagi bernafas tetap kena bersemangat.Semangat tidak akan luntur walaupun kaki-kaki sudah mula bergetar.Cik mas tahu kan apa yg masih dihajatkan tidak tercapai.
Adakah ianya akan tercapai dengan sedikit sisa-sisa keringat yang ada?

masMZ KaKiJaLaN said...

Cik Amid,

Memegang kata inspirasi salah seorang guru saya,

"Bercita-cita biar besar. Kalau dapat semua, syukur. Kalau tidak dapat semua, sipi-sipi pun alhamdulillah. Rezeki tuhan yang tentukan. Paling penting kita mesti berusaha".

Saya juga berguru dan mengambil semangat cik Amid. Semoga yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan. :)