FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, February 10, 2009

SuNGai LeMBiNG, PaHaNG

Perjalanan ke Sungai Lembing merupakan perjalanan yang tidak dirancang. Aku pernah sampai di sini tapi tidak berkesempatan untuk mengekplorasi ke seluruhan kawasan. Ketika itu aku sampai ke pekan ini pada waktu malam dan meneruskan perjalanan ke Gunung Tapis. Sememangnya pekan ini adalah pekan yang terakhir sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki. Pelik sebab semua yang ada di sini, aku seperti 'dejavu'.
Sedikit maklumat mengenai Sungai Lembing, asal namanya dipercayai dari perkataan 'lembing' iaitu sejenis senjata yang digunakan dalam perburuan. Kisahnya berkisar pada sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan yang dikatakan telah melontarkan sebatang lembing pada seekor kijang. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak di badannya. Setelah sekian lama, sekumpulan pelombong bijih tiba di kawasan ini. Sedang mendulang, mereka menemui sebatang lembing yang dipercayai pemburu tersebut. Maka dinamakanlah tempat ini sebagai Sungai Lembing. Namun demikian, tiada bukti yang dapat menyokong cerita ini.
Sungai Lembing pada suatu masa dahulu adalah bandar yang terkaya dalam pengeluaran bijih timah di negeri Pahang. Ini kerana kawasan Sg. Lembing merupakan kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar selepas Bolivia. Ia juga dipercayai mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu sehingga 1,400 ke 2000 kaki. Kewujudan Sg. Lembing berkait rapat dengan sejarah moden Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sg. Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Febuari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,000 kaki persegi dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran 1 sen setahun.

Pekan Sg. Lembing kini seakan bandar tinggal. Rata-rata penduduk tempatan yang ditemui merupakan warga emas.
Masjid yang terdapat di pekan ini. Penduduk di sini Melayu dan Cina, tetapi di kawasan pekan boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah orang-orang cina.
Sebahagian kawasan pekan Sg. Lembing.
Sebahagian kawasan pekan Sg. Lembing, terdapat lot rumah kedai dan dewan orang ramai.
Pemandangan dari atas.
Alamak dah lupa!! Kalau tak salah ini pejabat pentadbiran (lebih kurang PBT) larr.
Inilah satu-satunya stesyen minyak yang ada di pekan ini.
Muzium SG. Lembing dibuka kepada orang awam setiap hari dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat dibuka 9.00-12.15 dan 2.45 hingga 5.00 petang. Muzium ditutup pada Hari Raya Puasa dan Haji. Masuk percuma.
Inilah Muzium Sg. Lembing. Bahan yang dipamerkan adalah menjuruskan kepada aktiviti perlombongan yang wujud di Sg. Lembing ini. Apa yang ada dalam muzium ini memang mengkagumkan, orang dahulu memang hebat!!
Penunjuk arah ini sebenarnya menunjuk arah pintu terowong lombong.
Kelihatan pintu masuk terowong ke lombong 1. Tangga tu tak tahu ke mana...
Pintu terowong ke lombong 2.
Pintu terowong ke lombong ke ?. Ada banyak pula pintu terowong yang dijumpai kat kawasan sekitar ni.
Lebih kurang macam pemandangan Angkor Wat lar kononnya. Tak dapat dipastikan kawasan ini dahulunya menempatkan bangunan apa. Mungkin kawasan memproses timah kerana di atas bukit terdapat ruang bakar (oven). Mungkin pihak muzium boleh meletakkan papan tanda meletakkan sedikit maklumat.
Pemandangan dari atas kawasan '?'.
Bagi yang berminat untuk 'hiking', mungkin boleh mencuba ke menara Bukit Panorama. Dalam gambar stesen yang pertama. Terdapat 3 stesen ke semuanya dan Den hanya melepasi 1 setengah stesen kerana 'tour guide' tak beri maklumat lengkap. Aiii cit!!! Rugi betul!!!
Anak tangga untuk ke menara. Gambar nie, dah tentulah semasa nak turun :p
Sebahagian denai yang perlu dilalui untuk ke menara Bukit Panorama.

Mee Jawa sedap yang Den makan kat depan muzium. Memang sedap dan semua makan sampai tak ada apa yang tinggal dalam mangkuk.
Dah tentulah ini Den!!! Muehehehe

No comments: