FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 13, 2009

GeNG: PeNGeMBaRaaN BeRmuLa


HeHe... sebenarnya bila balik rumah semalam hati berbunga sebab orkid Den kat umah dah berbunga... Empat tangkai pulak tu... Rasa tak sabar nak cerita. Tapi bila malam, tengok Upin dan Ipin di Alamanda, rasa tak sabar pulak nak buat promosi tambahan untuk filem nie :)

Sedikit pengenalan, cerita ini bermula dengan kisah kehilangan durian di Kampung Durian Runtuh. Tok Dalang (En. Senin b. Khamis) percaya kehilangan durian ini disebabkan kewujudan Hantu Durian kerana durian keadaan kulit durian yang dikopek cantik. Pengembaraan ishk.... tak sampai hati pula nak cerita dengan panjang lebar, nanti orang lain yang belum menonton tak dapat nak layan sepenuh jiwa pulak.

Apapun, ada beberapa perkara yang Den nak ingat dan Den paling suka (sebenarnya seluruh filem Den suka!!!):
  1. Upin dan Ipin main kat kedai Uncle Maniam, Uncle marah Upin dan Ipin sebab asyik main jer. Jawapan "Kecik-kecik mainlah, apalagi!!" , jawapan yang bukan kurang sopan tapi memang kelakar.
  2. Ada pula scene cam cerita 'Hindustan', mula dengan K. Ros menyanyi lepas tu disambut dengan binatang-binatang, lepas tu disertai pula dengan orang-orang kampung. Rasanya macam satu kampung tu menyanyi dan menari.. Imbas-imbas macam cerita Snow White pun ada juga! Lagu blues campur rap.
  3. Banyak betul binatang-binatang dalam cerita nie. Sesuai kalau nak menunjuk budak-budak binatang-binatang nie. Yang setakat Den ingat ada ayam jantan (wahhh ayam nie memang 'dajal' (ermm nakal??) gila sebab pantang nampak kenderaan lalu, dia akan ...), tenggiling, angsa, kongkang, ular, burung, cicak, labah-labah, lipan, lipas, kelip-kelip, sesumpah. Lepas tu ada pula anaconda (memang cam citer Anaconda) dan lintah gergasi (cam citer Jurasic Park). Yang Den terlepas tak tahu larrr...
  4. Hantu Durian, Hantu Timun dan Toyol
  5. Hindustan, Snow White, Predator, Anaconda, Jurasic Park, Ultraman dan raksaksa, Hulk Hogan, Alice and The Wonderland, Starwars.
  6. Brand Malaysia!!!!
Rugi siapa yang tak tonton filem nie. Memang best dan tak rugi duit tiket tu. Best sangat!!!

Dari 4 bintang, Den nak bagi * * * * (eh berapa bintang tu??) * satu! * dua! * tiga! * empat! Yeahhhhh.... best. best. Tahniah buat semua yang terlibat dalam pembikinan dan penghasilan filem ini terutamanya Les’ Copaque Production SB dan pengarah Mohd. Nizam Abd. Razak. Cayalah!!!

10 comments:

Ren said...

Hahahhaha tetiba aku teringat kat watak Hantu Timun!!!! Kelakar sangat !!! Tetiber keluar suara garau dia hahahahahahha!!!

*Gelak sambil guling-guling....
Rasa nak g tengok sekali lagi!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

tiba2 keluar suara jantan!!! hahahah... Nama i Sally. S.I.L.L.Y.... eh????

Papysnow said...

Thank you for watching GENG!!
the listing of your favourite part of GENG is awesome !!!:D

masMZ KaKiJaLaN said...

Hye mR. PaPYsNoW, ThaNX 4 VisiTiNG mY BLoG :D
HoPe 2 C U 2NiTe :)
GENG iTseLF is aWeSoMe!!! CoNGraTes To Da TeaM.

Mohd Zarin said...

hi ..rasanya kita ada jumpa tadi.. hehe, terima kasih sbb support cerita GENG

Anonymous said...

thanks for supporting GENG and LCP! gembira anda suka dengan filem GENG tak sia sia kami buat tak tido malam hehe (tido siang)

-Nizam LCP

Nur said...

wah!

ada malay cartoon film kah? cool....:D

Ophe said...

Aku juga sudah menonton filem ini. Selain Upin dan Ipin yang nakal itu, aku sangat sukakan watak Rajoo. Banyak pengajaran yang diselitkan selain unsur hiburan yang boleh membuatkan kamu bergelak ketawa sepanjang cerita ini berputar di panggung..

masMZ KaKiJaLaN said...

mediahorizon, BetuL! BeTuL! BeTuL!
koRaNG MeMaNG BesT!!
THaNX seBaB SuDi MeNJeNGaH ke BLoG iNi :)

masMZ KaKiJaLaN said...

FaKHzaN, BeTuL... FiLeM KaRTuN TeRBaRu deNGaN PeNaMPiLaN isTiMewa uPiN daN iPiN... MeMaNG BesT, PeNUH HumOR, PeNGaJaRaN, Ke'cuTe'aN, JuGa TuRuT MeNYeNtuH Jiwa...

KaN cik KoisHie :)

NizaM LCP, NaNti LeH KuaRKaN waTaK KeLawaR PuLaK... (GaMbaR kaT KoRaNG YaNG TiDo siaNG!!) HeHEhe