FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 20, 2009

DaRi JuRNaL LaMa

18/2/2005 (12am)
-RISTEC, Port Dickson


Kepada Kau Yang Tersayang
Pada Teman Yang Kukenang
Pemergianku Ini Tak Dirancang
Usah Bertanya Mengapa Aku
Mengucap Salam Terakhir Kepadamu
Kerna Waktu Berputaran
Bimbang Tak Berkesempatan
Melahirkan Kerinduan Terhadapmu
Demi Sebuah Kenyataan
Yang Amat Menyakitkan
Aku Yang Tidak Berdaya
Hanya Berserah PadaNya
Salam Akhir…… Salam Yang Teristimewa
Bersamanya Ku Memohon Keampunan
Melaluinya Ku Beri Kemaafan Kepadamu
Demi Sebuah Kenyataan
Yang Amat Menyakitkan
Aku Yang Tidak Berdaya
Hanya Berserah PadaNya
Andainya Aku Punya Waktu
Masihku Ingin Mengulangi Semula Saat Indah Bersamamu
Sayang Tak Berkesempatan
Abadikan Saja Salam Ku Yang Terakhir……………………….


Macammana aku nak menulis? Baru je pegang pen dan mula nak menulis, lagu Salam Terakhir pun berkemundang di radio. Tidak dapat berfikir, tetapi tangan ini laju menyalin setiap patah perkataan. Lagu ini terasa bagai suatu pesanan luahan hati dan perasaan yang ingin disampaikan kepadaku. Apakah ini sebenarnya suatu tanda yang mengesahkan perasaan ku tadi?

Sebelum solat tadi, aku merasakan arwah ada betul-betul di depan ku. Melihatku dan seolah-olahnya ingin mengucapkan salam perpisahan. Ketika itu, aku dengan sedaya upaya cuba untuk meneruskan solat. Dua kali aku mengulang kerana waktu itu penuh dengan kesayuan. Aku tidak dapat menahan perasaan dan air mata ku. Sesungguhnya, aku memang merasakan arwah hampir dengan ku. Teralu hampir sehingga tidak ada tempat untuk berlari dan berlindung dari kebenaran. Lama aku duduk bermenung sebelum aku mempunyai kekuatan untuk bersolat semula.

Mungkin kehadiran arwah begitu kuat kurasai kerana sejak menerima berita kematian arwah hinggalah pada hari ini, aku belum pernah menyedekahkan apa-apa kepada arwah. Jangankan surah Yasin, alFatihah pun tidak. Menangis. Menangis. Menangis. Pada ketika aku tidak menangis hanya kerana aku di dalam kelas atau berada di dalam aktiviti. Aku berkursus ketika ini. Aku bersyukur kerana disibukkan di sini, dikelilingi dan ditemani rakan-rakan yang memahami keadaanku.

Aku masih belum dapat menerima berita pemergian Intan ke Rahmatullah. Kesalnya aku kerana tidak dapat berada di saat dia memerlukan aku. Kesalnya aku kerana di dalam kesibukkanku, aku tidak mempunyai kesempatan untuk berbual dan ber’sms’ seperti kebiasaannya. Apa dayaku? Dan yang pastinya, waktu-waktu kita, berlalu begitu sahaja. Tidak terlintas di dalam hati ku untuk mengelak. Aku kurang pasti apa yang berlaku. Di mana engkau dan di mana aku? Hingga kini kata-kata, “Mas, Mamin cari Mas. Tengok muka dia sedih je. Tak pernah tengok muka dia macam tu”, masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku. Hingga saat ini, aku juga masih belum dapat mencari jawapan.

Hakikatnya sukar untuk mengelakkan diri dari berfikir mengenai arwah. Trying so hard for not thinking of it. Guess I am too cruel. Mungkin kerana itu, hari ni (genap seminggu pemergianmu), aku merasakan kehadiranmu. Aku amat yakin dengan perasaan ku dan tidak pernah aku seyakin itu. Mungkin benar kata orang … . “Mek, how I miss you so much!!!”. Mohon maaf dunia akhirat Mek. Mohon maaf juga kerana menafikan pemergianmu. Sukar untuk aku menerima kenyataan ini. Sayang ku, rindu ku entah bagaimana hendak diluahkan.

Segala kenangan kita bersama akan tetap kekal diingatan. Terlalu banyak kenangan di antara kita. Knowing you even for a shortwhile, it does feel forever. Lot of memories to be remembered. InsyaAllah Intan, mengenali dirimu, menginsafi diri, berbeza personaliti antara kita sebenarnya. Seorang mengajak kepada kenikmatan dan kepuasan duniawi. Seorang penat mengajak kepada kebaikan dan kebenaran. Entah apa yang mengikat kita. Aku bersyukur mengenalimu. Semoga dirimu dan saudara-saudaramu diampunkan dosa dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Semoga Allah juga menguatkan semangatku, tabahkan jiwaku untuk menghadapi kenyataan ini. AlFatihah.

1 comment:

Ophe said...

al fatihah.. ermm.. aku juga pernah berdepan situasi serupa 3 tahun lalu. Berdepan 2 kehilangan abadi dalam tempoh tidak sampai 6 bulan dalam tahun yg sama. sedang kedua-duanya merupakan sahabat dekat dalam segala gerak dan rasa. berkeping2 episod ku kongsikan tentang kehilangan itu di entri2 yang lepas... ermm.. sukar menerima hakikat kehilangan itu sebenarnya...