FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 20, 2009

DaLaM KeNaNGaN

Sebenarnya rasa macam sudah lama tidak menulis. Betulkah? Ya! Aku rasa tulisan aku tidak berjiwa. Tulisan di atas pertimbangan yang singkat. Tulisan di atas perasaan yang kurang waras. Tulisan yang tiada keindahan. Owh Teruknya aku!!!!

AlFatihah buat sahabat lama dan adik-adiknya. Rupanya sudah empat tahun berlalu. Sahabat yang lembut tutur katanya, manja dengan caranya, jujur dalam perhubungan dan sering mengajak kepada kebaikan sedang aku cuba untuk mengelak-elak. Kepergian yang tidak dapat dilupakan kerana di saat-saat akhir, aku tidak dapat bersua muka, tidak juga bertelefon dan berbalas 'sms'. Masing-masing kebetulannya sangat sibuk dengan hal masing-masing. Bukan tidak mencari, tapi seringkali tidak tertemu.

Kali terakhir, katanya akan bercuti untuk mengambil peperiksaan. Aku pula sibuk dengan kerja luar dan sebetulnya pada ketika itu kecurian telefon. Jadi perjumpaan terhad di pejabat. Raya terakhirnya sempat dibawa satu keluarganya ke Teluk Intan. Tiba-tiba kami mempunyai hubungan yang lebih jauh kerana kakaknya adalah teman kepada teman-temanku.. Kecilnya dunia.

Apa yang aku pelajari, setiap kali mempunyai kesempatan, setiap kali perasaan rindu itu hadir, jangan sesekali melengahkan masa. Jangan sampai suatu masa nanti timbul kekesalan di hati. Berhubung, bertanya khabar dan menghargai masa-masa yang ada. Aku juga belajar untuk tidak meninggalkan teman-teman yang 'tidak diharapkan' oleh orang lain. Biar dipandang serong, tapi sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan mereka hanyut. Berilah peluang...

4 comments:

Ophe said...

"setiap kali mempunyai kesempatan, setiap kali perasaan rindu itu hadir, jangan sesekali melengahkan masa. Jangan sampai suatu masa nanti timbul kekesalan di hati."

Jujurnya aku adalah manusia yang kerap mendapat kesempatan tetapi sekerap itu juga aku melengahkan kesempatan sehingga kini kesempatan itu sudah tidak mahu mendekat lagi... barangkali.. yaa.. barangkali...

Ren said...

Syahdu......

Mix Goat Farm said...

sedih juga baca,cik mas kena tabah.
Ambil iktibar lah dengan apa yang telah berlaku itu.

masMZ KaKiJaLaN said...

setiap pengalaman seharusnya menjadi pengajaran. adakah kita mahu mendengar ia??