FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, February 3, 2009

HaRi YaNG SuNGGuH JaNGGaL

Hari ini adalah hari yang sangat janggal bagi aku. Pelikkah?

Pagi ini aku bangun awal. Gementar untuk ke pejabat. Pelik untuk berbaju kurung dan pelik untuk mengenakan mekap. Rasa seperti hari pertama masuk ke sekolah. Sungguh gementar. Suka? Tapi sangat pelik. Aku kekok sekali.

Hari ini secara kebetulannya bos dan bos besar tak ada. Memang nasib menyebelahi aku agaknya. Boleh aku duduk bertenang di pejabat yang mana akhirnya sampai detik ini aku belum memulakan tugas rasmi, walaupun telah ku cuba membelek dokumen-dokumen di atas meja.

Pergi makan tengah hari di kafeteria. Aduh, pening kepala aku! Pening aku melihat ramainya manusia. Ramai juga yang 'tinted'. Arghhh palsu!!!!! Kusut!! Kusut kepala!!

A friend "Mas, come back to the real life". Me? "Owhh.... Susahnya!"
Post a Comment