Buaian di hujung laman
Lama sudah ia di situ
Umurnya juga barangkali hampir seusia dengan ku
Buaian itu [sepi]
Sudah lama tidak dijengah
Sudah lama tidak dibuai
Sudah lama tidak dihuni gelak dan ketawa
Buaian itu
Tempat aku membaca, menulis
Tempat aku bermain, berangan
Buaian itu juga tempat persembunyian aku yang paling tidak strategik,
tetapi di buaian itu juga aku bersembunyi
Buaian itu
Tempat aku berkasih-sayang
Tempat aku bercinta, bermanja
Tempat aku menyempit (kerana sudah penuh tempat duduknya!)
Buaian itu [menggamit]
Aku mahu kembali menjengahnya
Biar sunyi, biar sudah mati kelilingnya
Rindu dalam dadaku sudah berbuku
Aku tidak mungkin mengembalikan waktu, tetapi
Buaian itu tersimpan segalanya
Aku mahu kembali ke sana
Senyum dengan nostalgia indah
Buaian itu [nostalgia]
Tempat terakhir aku duduk berdua dengannya
Ketika senyumnya masih terukir
Ketika saat sakatnya dapat kupatahkan
Sambil dirinya mengupas rambutan dan menghulur kepadaku
Katanya aku cucu yang mengada-ngada sambil ketawa
Buaian itu [saksi]
Saksi saat manis yang terakhir aku dan dia
Yang akan aku bingkaikan menjadi nostalgia indah aku dan Opah
agar kekal di kamar hatiku
[owhh.... aku yang tidak memahami atau terlalu banyak mengelak??]
6 comments:
aku terbayang seperti aku dibuaian itu... ermm...
seronok cik koishie..
pagi hari - nyaman, ceria kerana diteman burung yang bernyanyi.
menjelang tengah hari - walaupun matahari terik memancar di atas, kita dibuaian lena disapa angin, dihibur desir daun rambutan yang bergoyang dan gugur.
petang - meriah. Kanak-kanak datang bermain, emak-emak datang bersembang.
malam? - hehehe, malam dok dalam rumah larrrr....
* Musim rambutan berbuah???? Uiii.... (bila Opah mengupaskan rambutan?? - wahhhhhhhhh!!!!)
jauh imaginasi kamu mengundang aku ke sana.. ermm..
Suatu hari nanti, pasti saya akan mengundang kamu ke sana.. :D
Hasrat kamu itu aku dahului dengan ucap terima kasih.. juga bersambut senyum panjang atas keikhlasan tutur kamu.. :)
AlFatihah buat arwah Opah kesayanganku, intan payung, penawar kepada segala dukaku.
Genap dua tahun pemergianmu.
Opah, aku sudah berhenti berlari.
Post a Comment