Lepas dah shopping-shopping candy kelapa (untuk sesiapa yang membeli) dan penyaksian orang minum air 'jeruk' ular (yek yek!), kami di bawa menaiki kereta kuda untuk masuk kampung. Dalam satu kendati ini boleh muat sehingga enam orang, jadi dapatlah kami semua naik satu kendati yang sama. Disebabkan sebelum ni, diorang asyik minta tips (sampan dengan orang yang nyanyi-nyanyi, aku pun tanya dengan guide "Nak kena bagi tips jugak ke?" . Hung jawab, "Ne he" <-- sedap je aku translate ke bollywood!!!)
Perjalanan naik kereta kuda ni melalui pekan kecil pulau ni, lepas tu baru masuk kampung... Pekan macam pekan koboi!!!! Cuba bayangkan dalam cerita omputih dulu-dulu, tengah-tengah pekan jalan lapang. Dalam dua puluh minit perjalanan, kami pun sampai kat tempat makan. Menu dia bagi siap-siap vegetarian dan bagi sorang sepinggan sekali dengan dua ketul popia. Kalau nak order lain pun boleh juga, ada menu udang, ikan, dan bagai.... M je yang makan nasi dan habis pula!!! Aku makan popia dia, sempoi larrrr... Yang lenlain, makan bekal... Kami bawa sandwich sardin masa trip nih :) Kawasan tempat makan ni macam dalam dusun, sejuk (gambar tak letak sebab banyak sangat gambar nak kongsi nih! hihi ampun!).
Dah kenyang, aktiviti bebas. Nak bersantai-santai rehat kat situ pun boleh... Ada banyak hammock, jadi nak layan mata pun boleh! Kami pilih untuk berbasikal di dalam kawasan kampung. Naik basikal ni percuma sebab dah masuk dalam pakej. Masa yang diberikan selama setengah jam, pi larrr nak pusing kot mana pun!!! Jadi masa yang diberikan digunakan sebaiknya.... Ingatkan kami yang last sampai, rupa-rupanya ada yang sesat masa meronda tu... Haiyarkhhhhh!!!!!
Untuk balik ke bot asal, kami naik bot kecil dan sekali lagi melalui kawasan rumpun mengkuang (Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Dagang Pak Malaudagang bertempat, Dagang hamba terbuang lalu... ecece). Masa ni, dah pukul 2 lebih, maka, layan je pokok-pokok tu... Hehehe...
|
Jakun! Cam tak pernah naik kereta kuda je! Errr pernah ke tak erk???? |
|
Layan kasut lagi! <-- gambar bukti nih! |
|
Pekan koboi.... Sebab tu aku tak bagi bawak limosin aku datang sini... ahaksss |
|
Wanita tempatan... memang topi sangai ni larrr yang sentiasa dipakai ke mana-mana |
|
Gambar ni masa lalu kat kawasan kampung |
|
Dah nak sampai dah.... Dalam kepala dok terbayang-bayang, apa makanan yang diorang nak jamu nih |
|
Pakcik yang bawa kereta kuda kami |
|
Nasi lauk vege. beserta dua ketul popia |
|
Yang depan tu Tad, bukan main excited! Adakah kerana kesan air jeruk ular??? |
|
Verangan gadis Viet |
|
Kayuh sambil snap-snap |
|
Kat sini leh jumpa basikal tua, kereta kuda dengan motorsikal je |
|
Aku pun ada topi sangai tu tau!!!! |
|
Layan 'kasut ku dah kayuh basikal tua viet' masa nunggu orang.... |
|
Di celahan pokok rumbia |
|
Suka hati larrr kejap kata pokok mengkuang, kejap pokok rumbia, hahaha |
|
Tu naaaa dah nak sampai bot... Lepas ni kita balik ke tanah besar |
20 comments:
tetibe teringat ada org tu tak larat kayuh basikal naik bukit ciput kat paya indah wetland zaman purba dulu....
Janggel,
Haip!!!! tu naik bukit!!!!!! HAhahahaha
berapa rege pakej ni wok?
ko beli ke topi petani tu? usd1 eh? aku nak beli la nanti..feeling2 petani pulak...hahahaha :P
Fatt,
Pakej ni reganya USD17, ada yang USD19 (yang USD19 ni ada g Chai Bi - ala-ala floating market jugak, tapi orang tu suh amek yang 17 nyerr, agaknya hari tu semua dia suruh ambil pakej yang ni kot!)
Topi sangai ni reganya USD1 jer... pejam mata jer larr beli, kalau kena tahan takleh nak bawa naik atas flight, takde larr rasa rugi pun! *hehehe memang boleh bawak atas flight!
Umah aku ada tanam banyak pokok cabai dalam pasu, fefiling petani gak larsssss..... hahaha
ok baru sempat baca...ampunnnnn!!!
menarik ok trip ko ni, kalo nnt aku g vietnam, boleh ke amek pakej ni sorang2? kalo usd17 tu sgt2 murah tu...siap masuk makan and basikal skali.
john,
if pegi, cover sapa, dalat, danang, hui tau. diarang ada sand dune cam oz.
Arghh..apsal ari tu ai pegi takde naik kuda?Owh sbb usd9 je.Argh..jelez!
minta tolong...
http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/12/kaji-selidik-tentang-corak-pengembara.html
salam ziarah. silalah lawat blog saya untuk membaca travel journey saya sebanyak 5 buah. Sekian.
Ni area mana ni?
@Lily,
Dalat tu tempat yang highland tu kan?!
@Nowwa,
Ye ke??? Mana jumpa USD9 tu??? Padan larr ada orang cakap ada lagi murah, tapi tak tahu kat mana dan apa yang diorang bagi.. Kalau tak naik kuda, macam mana pergi makan??? Kayuh basikal ke pergi tempat makan tu??
@Aiesha,
wokeyyy......
@JOHNNNNNNNNNNNNNNNNNN,
mongek! mongek!! mongekkkkkkkkkkkk!!! saja ko kan buat modal!!
@xplorer,
My Tho.... pergi tak????
Kat area backpackers street tu..
http://biniaskar.blogspot.com/2011/12/ho-chi-minh-mencari-tour-service-part-2.html
Tapi pergi Mekong naik bas ramai2,takde berenti kat Mekong stop, tapi berenti kat handicapped centre.
Tapi pulau candy/minum madu tu semua sama :)
Makan tu turun dari bot, terus masuk restoren.
http://biniaskar.blogspot.com/2011/12/ho-chi-minh-delta-mekong-part-3.html
:)
kalu la kt blkg umah aku dorg buat aktiviti gini.. err xtau sure ade tak yg nk bayo teket hahhaha.. fireflies kt kola selangor tu pon jarang local pegi..
Nowwa,
Hahaha... Gitewww... Tq for info... kiranya terlepas naik kereta kuda saja larr ni ;D Dkt Mekong Rest Stop tu tak adalah rugi sangat pun kalau tak berhenti, sebab taman yang ada kat situ cantik tapi kat tempat kita pun ada...
Ely,
Ko wat cam diorang ni larrr... Pakat buat gerai buah tempatan. Kat sini lagi larr banyak!!
*fireflies kola selangor dah pi!!! ;D
aku mmg nak merasa "river cruise" ni...tak merasa2 lagi...hmmm...
Tumpang lalu..menarik gak aktiviti ko buat ni, serius aku tak penah tgk org pi HCM naik cruise2 nih huhuhuh.. Aku nk TIRU boleh nanti? Ke ko sentap gak cam org 2 tu kalau aku tiru aktiviti/route yg ko buat?? hahahaha
@Biqque,
Ehehehe... sila... sila...
@BlueEwoke,
Ehehehe... silalah... Tapi tak lengkap nih... Kalau ada kesempatan, boleh larr tengok Chuchi channel gak. Trip yang ni banyak aktiviti shopping-shopping je :D
Post a Comment