FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, December 15, 2010

PaNGKoR : HaRi uNTuK MeRoNDA!!!!

Hari kedua di Pangkor. Pagi ni jom kita pi ronda satu pulau!!! Hohoho saper mau ikut???
Kat Pulau Pangkor sebenarnya ada banyak tempat yang kita boleh pergi, cuma... antara sempat dengan tak, mahu atau tak mahu!!! Well semua perkara ada pilihan kan???? Untuk waktu yang sangat terhad, tempat-tempat yang den sompat poei macam yang den kongsikan kek bawah ni larrr....

Pekan-Pekan dan Kampung-Kampung

Sungguh gagal diriku untuk mengingat kembali nama-nama kampung yang telah aku jelajahi kek Pangkor ni. Almaklumlar benda dah kena 'peram'. Ampun mak! Apapun yang den paling ingat den poei Kampung Telok Dalam sebab kek kampung ni ada dua perkara istimewa untuk kita tengok. Yang pertamanya ialah Batu Bersurat dan yang keduanya Kota Belanda, wowweeee... Lagi ada Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Sungai Pinang Besar, Kampung Teluk Kecil, Teluk Dalam..... aiiiii....

Sebab dinamakan batu bersurat sudah terang lagi bersuluh bila kita tengok dengan mata sendiri lukisan atas batu yang molek diatapkan macam dalam gambar kek bawah ni. Adalah dua tiga lukisan (tarahan) yang tidak dapat dipastikan umurnya sebab kat sini tidak diletakkan maklumat mengenai batu bersurat ini. Nak tengok betul-betul silalah datang ke sini.

Kota Belanda ini telah dibina oleh orang-orang Belanda pada tahun 1670 sebagai tempat penyimpanan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak. Kota ini telah dirobohkan oleh penduduk negeri Perak pada tahun 1690 kerana tidak berpuas hati dengan cara pengambilan bijih timah oleh orang Belanda. Walaubagaimanapun kota ini dibina semula oleh orang Belanda pada tahun 1743 dan digunakan sehingga tahun 1748. Pada tahun 1973, kerajaan Negeri Perak telah membina semula kota ini dan mewartakan Kota Belanda ini sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah.... Fuhhh sejarah sungguh aku hari nie!

Nak pusing pulau, baik sewa motor. Kalau ada motor baru boleh suka suki pusing merata dan nak berhenti kat mana-mana untuk meng'jongket' ambil gambar dan bagai. Seb baik berpengalaman penuh merempit di kampung halaman... hahaha

aiii naik bukit turun bukit, selekoh tajam, selekoh tumpul (erk?!)
Ha.. naper? Saya takmo racing larrrr
Batu tanda yang paling penting yang menunjukkan anda memang telah berada di Pangkor! Kalau korang terror, carilah batu tanda ni..


Kawasan kampung erm.... (hehe, banyak kampung dan pekan kat Pangkor nih, lupa!)

Kampung erkkk pekan??

Ni tengah pekan besar dalam Pangkor

Ni pun antara pekan kampung?? hahaha (teruknya aku!)
Lalu kat kawasan buat kapal

Ni larr letaknya Batu Bersurat, Telok Dalam. Lokasinya dari pekan besar Pangkor tu dalam sepuluh minit je naik motor

Ini batunya dan lukisan prasejarah gambar rimau kot dengan ado laei kek tompek den tepek namo den tu...
Jangan tak tahu batu ni terbelah elok pulak dan muat pula den lalu kek tengah-tengah batu tu... apakah maksudnya den ni kuruih?? hahaha

Walla... ini larr Kota Belanda yang dimaksudkan. Kecil je tempatnya
Pemandangan dari atas kota...

Yang ni tak tahulah tempah simpan bijih timah tu atau penjara. Hurmmm...

Cewahhhh ala-ala bersejarah yang jadi kaler hitam putih nih.. Pemandangan dari atas kota juga


Lepas ni den akan bawak ke dua lagi tompek kek pulau ni sebelum kita wat bubbaiiiii 2010... Sob.Sob... banyak entri aku terlepas nak buat tahun ni... Nampaknya tahun depan, akan keluarlah cerita-cerita purbakala lagi! Hahahaha



Kota Belanda, Telok Dalam



Batu Bersurat, Telok Dalam

5 comments:

Anonymous said...

seronok tgk KJ jalan2. mmg best sgt. tapi nk tanye yg KJ slalu bercuti nie part of the kje or ske.heheh. sjew nak tanye. klu part of kje, as in bdg pe?

masMZ KaKiJaLaN said...

salam 'Anonymous'...

Kebanyakkannya saya bergerak sendiri secara backpackers. Ada juga sambil selam air bila outstation (sebab tak boleh duduk diam!).

Saya dalam pengkhususan alam sekitar ;)

Ren said...

amboiii keluar lagi citer purbawara..seakan-akan menonton sandiwara semasa pulak !! Hikshiks...

masMZ KaKiJaLaN said...

gatai! sekeh kang! abes je entri lagi satu, den start buat versi babai 2010.... lagi porbakala hahaha

Ren said...

versi babai i last day..31st dec! ahaks..dah siap cuma tak publish jer~