FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, December 27, 2010

GoOD BYe 2010 : JuLai (PeRPisaHaN DaN PeNGHiJRaHaN YaNG TiDaK DiPiNTa)

Walla.... awal bulan dapat surat cinta dari Bhg Pentadbiran... Cik Seri YaNG UtaMa MaS INTaN BeRLiaN (ooii mak aiii perasan!), menyatakan bahawa cik telah mendapat tawaran untuk naik gred dan seterusnya perlu meninggalkan kawasan jajahan cik dalam masa 2 minggu. Ahhh 2 minggu??? Halau ke apa ke?? Hahaha. Damm crazy.... Masa dapat surat cinta tu, KJ pun tak tahu perasaan KJ. Syukur alhamdulillah, rezeki KJ dapat naik tapi lokasi baru yang ditetapkan sangatlah asing bagi KJ dan seingat KJ memang KJ tak ada kawan kat tempat yang bakal KJ duduk nih.... Termenung KJ tengok lokasi baru KJ.... Kawan-kawan pun mula mengalami kejutan kerana KJ tiba-tiba kena pindah.... Oleh yang demikian, bersusun-susunlah aktiviti di bulan Julai yang tiba-tiba menjadi suram ini. Hurmmmm.... tatkala KJ nak berhijrah, makin ramai pula kawan baru KJ kat sini...

DeMaM BoLa DeNGaN JaNGGeL Di DaTaRaN MeRDeKa

Keluar layan bola dan kenal dengan D.

BuKiT CeRaKaH, SuNgai Tua, EMPaNGaN BaTu DaN CaRi MaKaN di HoKaiDo DaLam 1 HaRi

Masa-masa emas, KJ nak juga masuk hutan sebelum pergi. Pagi KJ dengan Mahmud Ombak dan Nazeem Ombak ke Bukit Cerakah.. Tak sampai pula hajat nak masuk dalam hutan, sekadar tengok dari seberang tasik kerana hujan turun dengan lebat.. Adeiii, nasiblarrr! Tengah hari Janggel dah telefon, Janggel dan temannya Adi (first time jumpa) dah tunggu orang datang masak kat Sungai Tua (ngeh3x takat goreng-goreng nugget dan sosej je pun!). Dah ala-ala puas tak puas makan, berhenti di Empangan Batu untuk ambil view dan layan jiwa jap.... Lepas dari tu sebab belum puas lagi berjimba dan melayan jiwa, KJ dan kawan-kawan layan seafood di Hokaido... Uiii best gilerr!!! Entri Hokaido ni KJ tak buat-buat lagi! Muahaha

PaYa iNDaH WeTLaNDs

Hasrat yang tertangguh sekian lama akhirnya ditunaikan juga... Memasing bukan tak pernah pergi, cuma dah lama yang sangat lama tak pergi. Masa ni KJ dapat kawan-kawan baru dan bukan main seronok meng'eksplore' tempat ni sampai habis kawasan larangan kami masuk... Kawan baru KJ - Ina, Aisyah dan juga Walid

FLoRia PuTRaJaYa

Dalam tak sempat sebab lusa dah nak pindah, kena paksa juga ikut ke Floria Putrajaya. Alasan sebab lepas ni tak tahu bila lagi nak outing dan rumah dengan tapak pesta hanya sekangkang kera (erk?!)... Ambil gambar sakan dan dapat lagi kawan-kawan baru... Camne nih, lagi nak pergi lagi ramai kawan baru yang KJ dapat! Kawan baru Floria - Shuk, Hafiz dan yang lain tak berapa nak ingat! Hahaha

'KaRoK' DaN MaKaN-MaKaN Di TeMPaT BiaSa

Kawan-kawan Kenyir yang KJ kenal tiga tahun lepas... Jarang dapat kumpul dengan diorang tapi kali ni Beng dah roger diorang awal-awal... Lepas dari Floria terus bergegas jumpa dengan diorang, arghhh i miss Kenyir holiday!

PeRPiSaHaN Di PeJaBaT

Diam tak diam, rupanya dah 7 tahun KJ menjadi orang dagang di Putrajaya nih... Dari zaman kena naik bas yang macam sardin, sampai sekarang sudah boleh jalan kaki ke pejabat... Pejabat pun siap pindah-pindah lagi... I'm gonna miss this place so much!

GaTHeRiNG KeLaB KoMuNiTi

Alangkah perasannya KJ sebab tetiba kelab maya tempat KJ duduk nak buat gathering... Kata kawan KJ, "Jom aaaaa". KJ jawab, "Ermmm boleh aaaa". Mana eh gambar tak jumpa pulak! Tapi banyak juga kawan baru yang KJ kenal masa gathering nih.

HiJRaH ke TeMPaT BaRu

Bakal menjadi memori

PoRT DiCKsoN INTeRNaTioNaL TRiaTHLoN

Race kali nie, KJ terpaksa downgred... Kali ni cuma mampu ambil turn untuk berlari sahaja sebab tak sempat nak ber'treneng-treneng' untuk swimming... Prestasi pun kurang membanggakan diri sendiri. Hurmmm...

Catatan : Ogos bulan puasa dan bulan merdeka.... Pindah rumah???

2 comments:

xplorer said...

bila den nak dapek jemputan makan nasik minyok dari ekau . semoga ekau copek-copek mendirikan masjid. amin.....

masMZ KaKiJaLaN said...

xplorer, dari mano datang idea ekaw ni tetibe tanya nasik minyak den ni haa???? Apapun, den nak aminkan jugak larr doa ekaw nih.. Amin. Amin. Amin...

[haiii, manolarr jejaka idamang hati den nih haaa... Copek aa ekaw muncul... kalao dah muncul tapi tak bersuara, bersuara lar copek... ponat dah den nunggu nih... hahaha]