FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, December 29, 2010

GoOD BYe 2010 : NoVeMBeR mooD PeNaNG owH PeNaNG.

Tak banyak aktiviti dalam bulan November, tapi dalam tak banyak tu semuanya besar-besar belaka... Minggu pertama orang lain boleh bergumbira di hujung minggu, KJ pula kecut-kecut kat rumah sebab nak kena pi 'mesorat' kat rumah orang Besar pada malam hujung minggu. Nak kena buat review larr pulak weiii (almaklumlar tak pernah buat menda-menda yang KJ kena bawa dalam mesorat tu), kecut-kecut... Minggu-minggu berikutnya....

CuTi-CuTi maLaYsia Di PeNaNG BeRsaMa GeNG UNGu

Wahhh best! Best! Apa yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan.. Antara jadi tak jadi sebab KJ tak boleh ambil cuti, tapi dek disebabkan geng semua sporting diorang setuju untuk balik pada hari Ahad malam dan diorang akan sambung di pekan KJ ni aje... Banyak tempat-tempat best yang KJ dan kengkawan pergi, bila ada kesempatan nanti KJ akan tulis kat sini.

PeNaNG BRiDGe INTeRNaTioNaL MaRaTHoN 2010 (PBIM)

Akhirnya hari yang dinanti-nanti tiba jua... Banyak halangan dan ada kemarahan yang akhirnya menjadi pembakar semangat di dalam larian ini. KJ memang teringin nak masuk Penang Bridge International Marathon ni, dua tahun lepas lagi masa KJ jenjalan kat Penang. Tapi masa tu, tak ada lar pula terfikir akan menjadi kenyataan... KJ kan suka je berangan! Hahaha... Anyway, masa di PBIM nie KJ buat half marathon iaitu lari 21km.... Sampai-sampai atas jambatan sampailah tamat larian, hujan turun bukan main lebat siap dengan kilat-kilat lagi... Dah ada atas jambatan, nak patah balik pun jauh, nak mara ke depan pun jauh.... ahhh lari je larrr dalam keadaan kuyup pun... Sejukkkkkkkkkkkkkkk.... Event ni dapat lagi ramai kawan baru, hoho... Terima kasih buat kawan-kawan yang sokong dan yang ada dengan KJ (JT, HD, Luvis, Ruby, MSU geng, Rafie), this is all to you ;)

LaRiaN OzON 2010

Event yang paling menyesakkan dada KJ tapi keputusannya amat menggembirakan... Lega yang teramat setelah selesai menganjurkan event ni... I am so new, yet dengan tiba-tiba 'anak' yang sebegini besar - dup dup dup, teeeetttttt.... Kadangkala jantung berdegup laju, kadangkala jantung langsung tak berdegup. Terima kasih KJ kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran larian ini.

Catatan : Disember, masa untuk LalalalaLa.... (amboiiii adakah ia berbunyi gembira? Hahaha)

No comments: