FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, December 28, 2010

GooD BYe 2010 : oKToBeR (SuPeR DuPeR BusY DaN DeSPeRaDo)

Oktober, bulan yang tersangatlah padat. Hari kerja ke, hujung minggu ke, tak berhenti-henti aktiviti. Awal bulan, bos KJ mula cuti untuk menunaikan haji. KJ yang baru nak merangkak-rangkak kerja di negeri ini tetiba diberi tanggungjawab besar untuk menanggung tugas enchek Bos. Aduiii tergolek golek KJ nak tengok banyak benda-benda yang tak pernah KJ buat. Dapat pula Enchek Bos Besar, tak ada soalan lain melainkan "Mas, are you aware off this, are your aware of that?" Enchek Bos Besar merujuk kepada pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh teman-teman pejabat yang bukan bawah seliaan KJ sebelum ini. Tak habis-habis dengan soalan tu, sampai kekadang KJ naik fobia nak jumpa dengan Enchek Bos Besar. Hujung minggu memang KJ akan lari balik kampung dan ke pekan Kolumpo tu. Sampai satu minggu tu, KJ fikir KJ tak boleh nak travel jauh dan KJ kena juga cari kawan kat sini untuk release. Kebetulan KJ jumpa satu program ni yang akan dibuat di Taiping, maka KJ pun redah je pi sana sensorang. Tujuan - cari kawan kat sini.


KeNDuRi aDiK YuS (KaWaN daRi TaDiKa)

Hahaha... ni bukan Yus, tapi geng KJ dari zaman budak-budak lagi larr... Ramai lagi dan kamipun macam famili, mak ayah adik beradik semua kenal belaka.

HaLuaN SeSaT 2


Tujuan asal memasing nak masuk satu program ni, tapi... dek disebabkan kena bayar (gila kami kedekut! hahaha), jadi kitaorang pun buat outing sendiri. Tema - street candid. Janggel, where are you??? Hahaha... tukang amek gambo ye?! ;p


TeaTeR MuziKaL TuN MaHaTHiR


Melayan teater seorang diri, gara-gara tiket yang dibeli sebelum ini dah dijual kepada kengkawan lain sebab urus kerja yang tak mengizinkan cuti diambil. Tak sempat langsung nak buat review pasal teater ni sebab wa macam nak nangis kat opis, keje melambak-lambak.

WeDDiNG YuS (L)

Tahniah buat Yus dan isteri...

LiGHT TRaiL Di BuKiT TiNGGi

Aktiviti yang tak dirancang tapi KJ dan JT setujukan sahaja memandangkan kami berdua memang belum pernah sampai ke Bukit Tinggi ini. Entri tak de atas alasan yang sama - Ya AMPUN!!!!

TaRikH KeRaMAT 10.10.10

Tahniah buat N dan K. Masa ni geng Canon Ungu jadi jurugambar tak bertauliah dalam majlis. Hahaha...

USRaH FoToRaDiKaL / JOM U.F.O

Nervous je baca tajuk program usrah ye?! Buat pula kat satu sekolah agama kat Tepen (Taiping) tu.. Belasah aje larr... Tapi usrah ni memang best giler. Ramai otai-otai ada - bro Blacks, abg Azizan, Khabir, Ijam, bro MJ dan ramai lagi. Masa outing ni, selain banyak yang KJ belajar pasal teknik-teknik ambil gambar, KJ dapat tiga orang kawan baru dan dua orang kawan tu memang orang pekan baru KJ ni. Huahuahua... Hepi!

MeLaYaN TeaTeR Di LoKasi BaRu

Susahnya nak tengok persembahan di pekan ni. Cuma nasib KJ memang baik, sebab kenalan baru KJ canang dalam muka buku. Terus KJ tanya, tapi rupanya yang boleh masuk ni by invitation sahaja. Almaklumlah agaknya ruang pun terhad. Nasib baik kenalan KJ ni, ada xtra seat! Hepi!

BeRBeNGKeL, DaN KJ sELaM aiR LaGi


Dari kamar hotel, memang KJ tak berhenti-henti tanya "Itu bumbung apa?". Jawapan paling menyampah, "Entah!" "Kita boleh pergi tak tempat tu??" "Entah!" "Eee nak tanyalah esok!". Sementara KJ uruskan urusan Bengkel, peng'ekor' KJ yang ambil cuti studi kononnya telah menjalankan siasatan dengan pihak hotel... Habis je urusan, apa lagi..... KJ dan sahabat KJ pun dibawa ke sana oleh pihak hotel (memang tak boleh pergi sendiri sebab tempatnya agak jauh). Bila ada kelapangan, KJ akan tulis juga pasal set pengambaran filem Anna and The King ini di KaKi JaLaN. Sabar ye!

J.O.M. BaTu CaVeS


Muahaha... tak sangka pula kali ni ada rezeki KJ datang JOM lagi sekali. Kebetulan pada hari yang sama KJ kena naik Genting untuk race pada hari berikutnya... Geng Canon Ungu memang semua dah ada kat Kolumpo pun... (nama je Canon Ungu, tapi bukan semua pakai Canon pun! Nasib larr bila pengasasnya pemakai-pemakai Canon dan kebetulannya yang seekor tu pula guna nick Ungu! Hahaa sape tu???)

GeNTiNG TRaiLBLaZeR 2010

Genting Trailblazer? Apa tu??? Ni race yang seumpamanya yang KJ pertama kali masuk. Berlari atas jalan tar membawa ke berlari dalam hutan, turun naik bukit (ada juga yang cam 'hareem'), masuk pulak dalam paya air tanah (keluar dah bilas, balik hotel mandi pun still badan bau tanah!), panjat pagar, merangkak atas slut, fuhhhhh tiring but i tell you guyz memang best gilessss!!! Lagi pulak teammate KJ, Jaja memang sporting berabis and we had fun!!


Catatan : November, nak merasa jugak! Kena buat jugak!

No comments: