FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, December 29, 2010

TeaTeR KaNaK-KaNaK SiTi Di aLaM FaNTaSi (SDAF)

Yippie… Cukup kekanak-kanakkan tak KJ ni? Menonton Teater Siti Di Alam Fantasi (SDAF) sebagai penutup tirai persembahan teater bagi tahun 2010 memang cukup menyeronokkan. SDAF memang seronok dan menyeronokkan! Rugi tau kalau tak tengok persembahan ini!

KJ sangat teruja nak tonton SDAF pada pertama kali KJ jumpa satu buku dalam perpustakaan lama dulu. KJ tak pernah fikir SDAF akan dipentaskan semula dan sebaik sahaja laman sesawang Istana Budaya memaparkan persembahan SDAF, macam nak melompat-lompat KJ. Hihi...(budak-budak lar katakan!!)

Dibintangi oleh Liyana Jasmay sebagai Siti, Fizo Omar sebagai Putera dan Ketua Lipas, Ebby Yus sebagai Mamat dan Johan Raja Lawak sebagai Pokok memang menghiburkan. Watak-watak lain seperti Ulat Bulu, Burung Bayan, Labah-labah, Putera Katak, Permaisuri-Permaisuri Katak dan semua watak-watak lain juga sangat menghiburkan. Dengan satu ayat yang kejam (rasanyalah!), Vanida Imran, Umie Aida mahupun Ziela Jalil yang tidak membuat persembahan pada malam KJ menonton, mereka mungkin tidak diperlukan sama sekali (macam kena tipu je!).

Sebagai satu teater kanak-kanak, SDAF selain dari menghiburkan banyak menerapkan nilai-nilai murni dan nasihat. Mana pula sangka tiba-tiba Ketua Lipas boleh menjerit, "Pencemaran!" "Jangan main api!" "Manusia jahat – buang anak dalam sungai, buang asid kimia dalam sungai".. Sedar ke tidak kita nih?

Ringkasnya...

Pelakon utama – memang mantap! Suka dengan Liyana Jasmay yang memang sesuai dengan watak Siti yang merasakan dirinya sebagai gadis paling cantik tetapi di dalam masa yang sama bersifat sombong. Memang Liyana comel dalam pementasan ini. Ebby Yus dan Johan Raja Lawak juga tersangatlah sempoi! Ponat eh den golak! Den nunggu jugak kot ado Ebby Yus tercakap nogori, tapi takdo pulak! Cayalah! Johan, memang tak laghi dengan bahaso Peghak nyo! Den tak kisah... Memang lawak larr Ebby dengan Johan.

Watak sokongan – paling suka yang bawa watak Sesumpah (agaknya sakit-sakit leher dan pinggang tak dia bawak watak Sesumpah nih?) Memang sebiji dua biji tiga biji lar cam sesumpah! Mantap! Den suka juga dengan Ulat Bulu 1 dan Kelip-kelip yang tersangkut kat pokok.

Kostum – memang cantik dan bervariasi. He’eh ada yang guna semula juga ya! Tapi tak kisahlah tu... Dalam persembahan ini memang banyak watak dan berwarna-warna. Antara kostum yang KJ suka ialah kanak-kanak perempuan yang datang ke parti harijadi Siti (comel macam Doll), kostum Siti, Mamat, Sesumpah,

Lagu paling best – Yang memula Ulat Bulu nyanyi larrr... Lagu Inul, dasyat punya gatal! Hahaha... Lagu dari disko Rock Lipan pun KJ suka juga!

Babak best – setiap kali Sesumpah keluar, jantung macam dup dap dup dap. Berdebar-debar je... Sebabnya watak Sesumpah itu dimainkan dengan sifatnya yang sebenar, muzik yang suspen, dan percaya cakap KJ yang dewan akan jadi senyap dan fokus. Lagi satu masa babak Kelip-Kelip yang tersangkut dekat pokok, suaranya menyayat hati! Sedih dan kasihan kepada situasi Kelip-Kelip.. Lagi satu babak yang libatkan Ulat Bulu, gila-gila punya kelakar dan watak Ulat Bulu juga dimainkan dengan sangat baik! Pendek kata, cukup gatalnya!

Babak paling comel – babak Siti sedang menggembara yang hanya berlatarbelakangkan layar putih... Liyana, kamu sangat hebat dan comel! Ermmm... lagi satu babak yang Lebah-lebah Baik dan Lebah Jahat (err seswai ke - naughty cam baik lagi bunyi nyer!) berbicara... budak-budak nihhhh... :D *wiNK*

Babak paling tak sangka? – babak Siti dicampak dalam laut! Betul-betul macam real! Siti melayang dari atas dan berenang-berenang dalam laut! Yang tak tahan, ada dua ikan duyung yang tak jemu-jemu berenang menghias babak. Camne tu??? Haaa kenalah tengok sendiri!

Set paling cantik – Ah tanya yang paling cantik ke?? Kalau tak salah ada 11 set kot? Semuanya cantik-cantik. Tahniah kepada pereka set.
Set 1 : rumah siti
Set 2 : pokok dalam LOTR
Set 3 : disko Rock Lipas (eh Lipan ke yang tulis kat dinding disko tu??)
Set 4 : kosong [layar putih]
Set 5 : pokok/ taman tempat burung bayan
Set 6 : macam karang? Paya bakau? (kelip-kelip)
Set 7 : cendawan
Set 8 : sarang labah-labah
Set 9 : teratai tempat katak
Set 10 : laut (ikan duyung)
Set 11 : Istana Putera

Kareografer yang paling best – ermm.... KJ suka kareografer masa babak Doll (kawan-kawan Siti menari, Lipas-lipas dan sekali lagi masa babak Ulat Bulu...

Yang perlu dihighlight – sinaran laser sebagai hujan dan cahaya malam yang menerobos bumbung hutan, wahhhh cantik sangat! Pada KJ sangatlah brilliant! Sinar laser juga diguna dalam set disko Rock Lipan, wahhhh sekali lagi. KJ rasa macam dalam disko jugak (hehe pernah ke masuk??? Ngeee tak pernah tapi perasaan perasan je!)

Yang tak best – 1) mana pelakon-pelakon popular yang dicanang untuk berlakon dalam SDAF ini lagi???; 2) suara pelakon adakala tenggelam! Adeiiii KJ rasa tertipu larr sungguhpun KJ tak harap pun diorang akan berlakon dalam pementasan ni.

Akhir sekali ”Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Awek yang perasan tu den aaaa... Wehh hang pa semua pi aa tengok persembahan ni... Dari mula sampai habis memang best! Duduk kat situ, bila depa bukak tirai... baru hang pa tau adrenalin hang pa jadi lagu mana! [eh pesal cakap utagha lakss?!! hahaha]

pendukung utama, Liyana memang 'chumel' untuk watak Siti dan performance best!

Johan Raja Lawak sebagai Pokok dan Ebby Yus sebagai Mamat... Kelakar sampai tak kering gusi den ni gelak!

Burung bayan, salute cara dia jerit... Den cuba buat dalam hati pun tak dapek nak tiru! (ada hati juga tu!)

Katak-katak

Kumpulan ikan duyung... Tapi yang best den tulis kat atas tu, tak ada dalam gambar ni... Sila saksikan sendiri!

Ini kawan-kawan Siti yang Den kata comel-comel tu.. Macam Doll kan?!

Catatan : Persembahan SDAF masih lagi berlangsung di Istana Budaya sehingga 31 Disember 2010. Nak tau sinopsis cerita ni, leh lar juga tengok dalam sesawang Istana Budaya

4 comments:

Ren said...

Bukan Rock Lipan la tapi Rock Lipas. hehehe memang best kan! Rasa macam nak g sana belakon sama2 jadi Raja Katak hahahahah!

masMZ KaKiJaLaN said...

dalam banyak-banyak watak nak jadi Raja Katak yer??? Nape??? AAaaaaaa

Mohd Zarin said...

wow... sempat jugak berjalan sampai ke sini ek,,, ada terasa nak pegi haritu...tapi tak sempat.

masMZ KaKiJaLaN said...

zarin, tunggu Aku Budak Kampung larrr lepas nih :)