FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, November 20, 2009

MaKaN KeLi Di ANJuNG KeLi

Fuiyooo.... saper suke makan keli bakaq, keli sambai, keli goreng, keli masak lemak cili api, ermmm mai lar makan kat Anjung Keli, Kuala Perlis... Ada teman maya suh pi makan keli bakaq kat tepi tasik, tapi Chek tak tau nak cari tempat. Tengok-tengok dekat dengan tempat Chek duduk ada tempat ni. Dalam hati, "Nak pi. Kena pi. Nak cari keli bakaq jugak! Tempat ni mesti ada!" Ohhh sungguh memang ada, alhamdulillah memang dah namanya rejeki aku!

Saper yang tak makan keli, kat sini bukanlah tak de lauk lain. Ikan, ayam, daging ada gak. Sayur pun macam-macam, tapi yang best aritu makan kerabu. Ditanya kerabu apa ni? Jawabnya kerabu tauge. Ceh memang dah terang-terang nampak tauge nyer tapi saja gatal nak tanya apa lagi isinya tak terjawab pulak. Takpe biaq Chek teraiii! Kerabunya tauge campur ngan ikan campur ngan kerang campur dengan dua tiga jenis ulam laen... Alamak, memang best!!
Nak cari Anjung Keli, cari sekolah menengah sains, lokasinya kat simpang tiga berdepan dengan Desa Pulai. Ramai betul orang makan tengah hari kat sini... Dah lepas jam dua pun, kete dok bersusun parking kat tepi jalan besar sebab nak masuk dalam dah tak dak tempat...
Disertakan gambar-gambar buat santapan mata... Hehehe

Di balik papan tanda kedai tu, kedainya larr... kat depan tu sawah...

Ini keli ngan sambal... peberet :)
Ini keli bakar yang menjadi igauan.... lagi peberet :D
Keli goreng

Keli masak lomak

Pilih lar nak sambal apa... nak ulam apa...
Gulai terung... (Chek tak pandai makan terung!)

Gulai apa erk? Keladi? (Tak gheti jugak!)

Kerang rebus? Ermmmmm.....

Akhirnya, inilah pilihan makan tengah hari Chek... Keli bakaq yang diidam-idamkan, sayur kambing Chek dengan kerabu yang nampak sedap dan disahkan memang sedap!

[Sudahnya nak jadik cerita, chek sorang je yang makan keli sebab depa laen tak gheti makan. Aicehhhhh! Pepun tima kaceh sebab makan kat sini jugak! Hehehe]
Post a Comment