FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, November 4, 2009

TaSiK BiRu, KuNDaNG

Hoho Tasik Biru, satu hari tu tiba-tiba terdetik nak ke tasik nie. Nak tahu apa yang menarik sangat kat tasik ni sebab setiap kali lalu, ramai betul orang kat tasik ni... Bukan macam tasik-tasik biasa yang orang dok jogging tu, tapi tengok ramai berendam dan main air... Aishhhh....

Saja nak amek feel, bawak lar apples-apples of my heart amek angin kat situ... (sambil tu memang ingat nak kongsi kat sini). Masa Den pegi aritu, ramai gaks famili yang kelah bawak anak-anak mandi, yang budak-budak rumaja dah tentu jugaklar bergumbira. Yang besau-besau lagi dok kat tempat-tempat teduh - mancing... Masa-masa lain, ada juga yang main jet-ski kat sini... Ari Den pegi takde lakssss deme maen, jadi tak dapat le nak amek gambar.
Tasik Biru terletak di Kundang. Dekat mana pulak Kundang? Kundang ni lokasinya kalau dari Kuala Lumpur akan lalu ke Kepong kemudian Sungai Buloh / Paya Jaras melepasi Bukit Rahman Putra (lebih kurang gitu larr) sampai jumpa signboard Kundang/ Kuang/ Tasik Biru.

Dikongsikan gambar-gambar kat Tasik Biru di suatu petang.



Rumaja-rumaja mengasingkan diri berendam kat tempat yang jauh dari orang
Ada satu beting pasir ke pulau tengah tasik


Ada juga orang menjual kuih-kuih termasuk goreng pisang. Petang aritu guna alasan nak pi beli goreng pisang, tapi tak cakap lakss lajak sampai ke tasik!
Ada 'orang' frust' tak dapat mandi. Ngeh ngeh ngeh...
Dak MoMoK yang sentiasa happy
Kita wat sesi fotografi je erk!!!!
psst 1 : sekali sekala boleh jugak nak layan jiwe kat sini
psst 2 : kalo datang malam, dekat area sini ada satu restauran namanya Ibu Mertuaku, makan best!!
Post a Comment