FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, November 9, 2009

NaK CuBa WaT KawaN, TaPi... oPss SowEE

Seronokkan kalau jumpa orang dan buat kawan baru. Aku suka! Aku suka kalau dapat kawan baru atau setidak-tidaknya aku suka bercakap dengan orang di sebelah, owh oklah aku memang suka senyum dan tegur orang. Aku takut dengan keadaan yang sunyi sepi. Dan aku kan orang Malaysia, yang disebut-sebut sebagai ramah... Owh, itukah aku? Muehehehe...

Baru-baru ini, masa satu event yang aku yang perasan sebagai Kaki Jalan menyebuk-nyebukkan diri, buat-buat ramah dengan satu orang ini sebab kawan Kaki Jalan yang sememangnya lagi rajin borak dah tegur dan cakap dengan satu orang ini. Kawan Kaki Jalan ni bukan Melayu dan lagi canggih dari Kaki Jalan. Kaki Jalan dok jauh masa Kaki Jalan tengok kawan Kaki Jalan borak dengan satu orang tu. Masa nak pergi cari makan, satu orang ni ikut.

Jadinya, Kaki Jalan tegur. Kaki Jalan hulur tangan dan kenalkan diri. Kaki Jalan mana tahu satu orang tu memang kawan pada Kaki Jalan ke bukan. Lawaknya, sebab satu orang tu jawab "Entah, saya pun tak tahu nama dia". "What?? Leh lakss jawab macam tu!" <- ni Kaki Jalan cakap dalam hati ler..... (Jawapan yang gagal buat kali pertama).

Kaki Jalan tak sebergaya cam satu orang yang Kaki Jalan nak wat kawan tu. Kamera Kaki Jalan kecik je, tapi Kaki Jalan rasa spek hitam Kaki Jalan sama je besar dengan satu orang tu. Jawapan gagal, Kaki Jalan lupakan. Satu orang tu tanya Kaki Jalan kerja di mana. Kaki Jalan jawab. Satu orang tu tanya lagi Kaki Jalan kerja bahagian apa. Kaki Jalan jawab lagi, mana tahu agak-agak ada temannya yang satu tempat dengan Kaki Jalan... Tiba-tiba soalan gagal dari satu orang ni, "U gred apa ye?". Wahhhhhh sungguh Kaki Jalan tak boleh blah dah!

Soalan nak tanya pada-pada lar... Lepas sebuk-sebuk satu orang tu tanya gred apa, Kaki Jalan jawab dengan kerek dan terus diam. So what dengan pangkat bila kita kongsi minat lain kat tempat lain? Kaki Jalan setakat tanya kerja mana, tu je. Tak ada pulak sebuk-sebuk nak tanya gred 11, 17, 27, 32, 41, 48, 52, jusa, CEO waimma kalau tea lady pun Kaki Jalan tak kisah. Kaki Jalan memang taknak amek port dalam gred-gred ni sebab Kaki Jalan ni manusia... Kaki Jalan tak nak kalau soalan cam ni keluar ada yang terasa atau Kaki Jalan sendiri yang terasa. Kawan dengan Kaki Jalan, macam apa yang orang nampak pada Kaki Jalan, dengar Kaki Jalan sebab Kaki Jalan memang macam nie je orangnya... Tak kurang tak lebih... Jangan Kaki Jalan perasan berada di atas kerana semua orang ada yang lebih baik, ada juga yang kurang. Kaki Jalan seadanya...

Kesimpulannya.... Kaki Jalan tak jadi nak buat kawan.... Soweee....

[aiyoooo... soweee lagi sebab lepas perasaan kat blog nie...]
Post a Comment