FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, November 11, 2009

KaKi JaLaN @ PuTRaJaYa WaTeRSki WoRLD CuP 2009

L telefon pagi hujung minggu. L tanya "Nak pergi amek gambar?" Kaki Jalan tanpa fikir panjang "Cam best". Sedap je jawab tanpa fikir panjang dan kemungkinan adegan jatuh lagi akan terjadi... (ada sorang teman setia Kaki Jalan selalu tanya "Tempat ke3 kat mana?" dengan merujuk kepada tempat jatuh yang ketiga akan berlangsung di mana dek kerana Kaki Jalan ni tak sedar-sedar nak duduk diam.. He :) ) Apapun, Kaki Jalan tetap ikut L ke Putrajaya Waterski World Cup 2009 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 (tepi Pullman Hotel).

Acara-acara yang dipertandingkan Women/ Man Slalom, Women/ Man Shortboard serta Jump. Penyertaan dari France, USA, Australia, Britain, Belarus, Argentina, Denmark, Canada dan lain-lain lagi yang mana semuanya tempat omputih aaaa. Ada satu wildcard dari Indonesia. Peserta dari Malaysia wooo ramai, tapi tu kategori kanak-kanak jer.... (Kaki Jalan terlepas nak tengok kategori ni!). Puas hati tengok champion-champion ni beraksi, bukan calang-calang eh! Ada yang pegang world champion dan world record. Tapi memang best sampai tak sedar bila balik kulit dah sun burn!

Dikongsikan gambar-gambar yang Kaki Jalan bidik di Putrajaya Waterski World Cup 2009 (6-8 November 2009).

[psst1 : nk amek gambar org tgh wat 'stunt' .. gambar tak cun :( ]
[psst2 : sun burn je tau, tak jatuh! :p - owhhhh jangan!!]
[psst3 : thanks L]
Post a Comment