FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, November 23, 2009

Gua KeLaM, PeRLis : CiTa2 TaK KesaMPaiaN

Cita-cita lama ku fikirkan sudah pasti menjadi nyata... Erm... sob. sob.. Lama tak lama kalau nak diceritakan impian nak ke Gua Kelam ni dari zaman sekolah lagi. 'Doulu-doulu' Den ni memang tukang gunting-gunting surat khabar... Antara artikel yang akan disimpan, tempat-tempat yang Den rasa macam best dan antaranya Gua Kelam inilah yang menjadi pojaan hati Den.
Gua Kelam terletak di negeri Perlis, waduh jauhnya nak sampai. Gembira bukan main kepalang bila Pakcik ingatkan kembali cita-cita lama nih. Almaklumlah sebelum ni berjalan dengan keluarga besar, tak akan nak ajak diorang pi masuk gua. Baru nak buka mulut, agaknya dah kena 'reject'! Hehehe....
Apapun, sungguhpun 'pintu' Gua Kelam tu dah tersergam depan mata, Den aritu cuma mampu memandang dari kejauhan... Arghhh dengan kesedihan larrr cita-cita tak kesampaian... Masa Den pi aritu, hari sebelumnya hujan lebat. Air naik, lepas tu ada masalah trek keretapi (ala2 yang macam zoo tu) terkopak.. Lepas tu pula, ada kabel wayar yang jatuh dalam air... Bahaya larr pulak... Erm 1, tak dapat masuk gua.... Erm 2, air sungai yang menggoda rasa tu pun tak leh nak pegang!!... Ermm...
Tak sangka pula tempat ni boleh layan juga untuk berkelah. Ingatkan dulu semata-mata gua dan sungai kecil je. Nak buat famili day kat sini pun sesuai sebenarnya sebab kawasan sekitarannya luas. Jadi, sesiapa yang berjalan ke Perlis boleh lar singgah datang menjenguk ke tempat ni. Jangan risau, pakai baju lawa pun dah boleh masuk gua :) [ewah... Den petik dari ayat orang laen nih untuk pujuk diorang pi tempat nih]
Dikongsikan gambar-gambar sekitar kawasan Gua Kelam untuk dipasang cita-cita... Hehehe
Den udah sampei!!!

Tengok lar airnya kuat bukan main!

Dak-dak ni tak de yang menjaga ke?? Bahaya eh!

Waduh!
Air yang tenang, jangan sangka tiada buaya.. Eh, ada ke??? Akuikuikui
[Kalau ada rancangan ke Wang Burma, Perlis, ada yang mahu mengikut??? Hehehe... peh tu kita masuk Gua Kelam ni jugak. Amacam???]

No comments: