FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, November 6, 2009

BLueS BiLa NaK KawiN

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he.. ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuuuuh aku disoal lagi
Kawin??? Aku nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ini juga (haa.haa.haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties

Bila nak kawin???
Aaahhh. sungguh aku bosan
Banyak persoalan lain yang boleh menjadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh
Insya-Allah takkan ke mana-mana

Bila nak kawin???
Pada yang asyik bertanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agak tidak digoyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

[terjumpa pulak blues ni masa mengemas-ngemas barang-barang lama... heh!]
Post a Comment