FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, November 28, 2009

CeRiTa RaYa kORBaN DeN TaHuN Nie

Petang di pejabat, orang lain sibuk-sibuk mengirakan akan pulang ke kampung mana... balik kampung sendiri ke balik kampung satu lagi ke, ada yang berkira nak bercuti, ada yang berkira-kira sedey tak jadi balik kampung gara-gara hari Ahad kena daftar diri berkursus... Aku? Ermmmm mengira-ngirakan Adinda-adindaku Salzeli (bak kata teman setia).

Malam raya bermenung, mendengar takbir bergema dari surau di bawah rumah dan silih dengan takbir di peti televisyen... Adinda-adindaku Salzeli telah pulang ke kampung... Bosan! Petang tadi dah makan siap-siap, tapi.... bosan mengundang lapar... Bukak peti ais, keluarkan daging kambing dan perap dengan sos lada hitam... Hampir tengah malam, jadi buat 'gila' aku masukkan daging dalam oven. Owhhh aku makan 'steak' di tengah malam! Huhu.... Bengong betul!!

Pagi, jam biologi memang dah tak boleh nak ubah.... Solat Subuh dan terus operasi kain... Berkira-kira untuk ke Gombak di awal pagi atau selesai solat sunat Idul Adha... Barang nak balik kampung tak siap lagi... Ermmm... nak bawak balik barang ke? Dalam berkira-kira, sedar-sedar aku dah bersiap nak ke masjid. Ahaiiii sensorang bergerak ke Masjid Besi...Sayu pulak... ERm.. Wah ramainya orang!!! Dari mana diorang semua ni datang??? Putrajaya ada orang ramai macam ni mei? Diorang tak balik kampung atau ni semua orang luar??? Syukur dalam keramaian manusia, dikurnia rezeki tempat letak kereta yang hampir dengan masjid.

Balik masjid, mencari sarapan. Cita-cita Den nak makan nasik lomak sodap kat Petronas... Alahaiii tak dak juai ka dah abes??? Akhir sekali, sarapan pagi dengan aiskrim Cornetto... Aahaha boleh?? Boleh larr tu! Balik rumah goreng cucur wat bekal, nak makan dah tak sempat... Padan muka sebab bersenang-lenang malam tadi dan sibuk-sibuk mengirakan kain... Padan muka sendiri!

Bergerak ke Gombak sebelum meneruskan perjalanan ke Kuang... Atokkkkkkk, alahaiiii my baby besar... Raya ramai-ramai ngan makcik-makcik dan pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu kecik kat umah Atok sampai petang... Senyap je Atok, tapi Alhamdulillah sihat. Petang, Den dan Makcik No9 bawak Atok balik Teluk Intan... Perjalanan lancar, seb baek tak jammed!!!

Malam nie kena tidor umah Atok kat kampung laksss... Yang laen akan sampai esok dan lusa... Ermmmm... for u my Atokkk, momantai... Ayah telefon, "Anak balik kejap, Uncle A datang. Dia tanya kamu". [Uncle A, kawan ayah pernah duduk sekali dengan kami masa Den kecik-kecik]. Bila Uncle A balik, Den bergerak balik ke rumah Atokkk... Tapau nasik goreng untuk Atok sebab makanan kat umah abesss, tak sangka tetamunya ramai.... Ermmmm....

Tak sempat sampai rumah, ada panggilan dari kawan-kawan.... "M, ko kat mana? Kitaorang nak kidnap ko". "Kidnap? Erm ok... Malam nie di rumah Atok, tapi korang tunggulah kat sana. Belum sampai umah lagi". Mereka yang meng'kidnap' Den adalah teman-teman Den yang setia dari 'jaman' sekolah lagi. Iyalah, kali nie memang dah lama Den tak balik kampung! Makan supper di Oldtown... Aiii deme nie semenjak dua menjak ni, hehehehe....

Hari nie, satu hari dok kat umah Atok teman Atok... Ada tetamu-tetamu yang datang... Owhhh borak-borak... makan-makan... Sekarang dah petang, teringat satay Teluk Intan yang nipis dan manis... Den nak kuar sekarang... Harap hujan janganlah turun lagi... Cukup-cukuplah membasah bumi tadi...

Sori semua Den membebel tulis... Mana budak-budak kecik kesayangan Den tak sampai-sampai lagi nih??? Ermmmm.... nak kuar beli satay... nak kuar beli satay... nak kuar beli satay... satay Teluk Intan... Satay Teluk Intan... Satay Teluk Intan... Ermmmm.... Yum Yum...
Post a Comment