FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, September 8, 2009

SeRiBu WaJaH SeRiBU PeRaSaaN (?)

Baru-baru ini menonton sebuah dokumentari di TV1 bertajuk Bajau Laut Nomads of the Sea... Terus teringat sampan jual lobster di Mabul*. Yang aku ingat, selain dari rasa lobster fresh yang 'nala' sedapnya, terbayang-bayang lagi wajah pakcik, makcik dan sorang budak kecil yang datang menjual lobster tersebut.

Aku melihat seribu wajah yang punya seribu perasaan. Bagaimana hendak aku gambarkan?? Sungguh aku ini tidak pandai bercerita.
Aku melihat susah di wajah mereka. Aku melihat redha di wajah mereka. Aku melihat kekuatan dan kesungguhan. Aku juga melihat kasih sayang pada mereka. Aku melihat perasaan yang tidak dapat aku gambarkan. Entahlah... Mungkin aku juga seorang yang mudah diusik perasaan dan punya rasa kagum yang pelbagai.


[Perjalanan Mabul, Kepalai, Sipadan, Silawa bagai cerita dongeng yang indah. Bila lagi akan kembali???]

4 comments:

xplorer said...

perasaan tu sama mcm perasaan saya bila tgk sorang pakcik tua yang hari2 jual nasik lemak yg untungnya tak seberapa.betapa susahnya di usia tua hendakmencari sedikit rezeki utk meneruskan hidup

masMZ KaKiJaLaN said...

pun begitu, kita yang masih kuat dan bertenaga adakala punya rasa bosan, jemu dan tidak pernah bersyukur. Sadisnya, adakala kita tidak mahu langsung untuk berusaha.

bertanya pada diri sendiri: adakah aku punya kekuatan seperti mereka?

xplorer said...

tepat skali , kekadang rasa malas btul nak keje , mungkin sebab rasa hidup ni dah cukup senang.rasanya aku tidak mempunyai kekuatan seperti mereka,patutnya aku lebih bersyukur atas rezeki yg diberi

masMZ KaKiJaLaN said...

yeap! totally agree.. sama lar kita..

berpesan pada diri sendiri: Bangun weh! Bangun! Jangan leka dengan senang! Mana tahu esok duduk terjatuh! Adui!