FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, September 18, 2009

CaRi MaKaN 4 : MuHiBBaH SeaFooD

Edisi berbuka puasa luar yang nie memang tak sangka... Ingatkan dah habis sebab kebanyakkan kengkawan sudah bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing... Alahai undangan yang tak diduga mengunjung tiba pulak!! Ekekeke... Best!!!!
Lokasi berbuka puasa yang menjadi pilihan ialah restoran Muhibbah Seafood yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Restoran yang taukenya cina dan melayu, maka terbitlah muhibbah... (Alah-lah kiutnye tetiba ada pulak orang bercakap loghat nogori kat restoran nih! Eh, suko den denga!). Makan kat sini sodap jugak (eh silap! ni bukan masakan nogori! Harap maklum... Syasyul!), style masak healthy...
Lepas dah kenyang makan kat sini, pusing-pusing nengok lampu kat Mont Kiara dan singgah layan teh tarik kat Restoran Nasi Kandar Bestari. Tak ada makanan yang dicuba.. Rasanya macam kedai nasi kandar lain jugak kot?!! Hehehe....


Ni lokasi yang perlu dituju kalau ada sesiapa yang berminat nak choba makanan kat sini.

Sotong goreng tepung, cicah dengan kuah cili jeruk

Daging masak halia
Tauhu Mapo..... ermmmmm sedap!

This is my peberet.... Ayam ngan Lemon :)
Pinggan-pinggan yang licin :)

Restoran Nasi Kandar Bestari
Nie pemandangan sisi restauran


Nota:
1. Said to be Muhibbah Seafood bermula dari satu stall kecik tepi jalan dalam 15 tahun yang lalu dan teman gue hari ini sudah menjadi pengikut restoran nie sejak zaman stall kecik lagi...
2. Muhibbah Seafood buka dari jam 12 pm - 2.30 pm, 5 pm - 10 pm...
3. Boleh dicanangkan kepada sesape je yang suka cari makan :)
Post a Comment