FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, September 12, 2009

HaNa TsU BeRTaNYa PasaL MaKe uP

Hana Tsu, anak kepada seorang teman...
Kami duduk-duduk dan bermain-main sementara menunggu teman-teman lain sampai untuk berbuka puasa bersama-sama... Ibunya ada ditepiku, apabila Hana Tsu tiba-tiba bersuara....


Hana Tsu : Auntie, cantik.
Mummy Hana : Hana lagi cantik. Hana macam princess.
Hana Tsu : Hana suka tengok auntie.
Mummy Hana : [senyum] Auntie pun suka sangat tengok Hana.
Hana Tsu : Hari nie, Auntie lagi cantik.
Mummy Hana : Ala, sebelum nie Auntie tak cantik ke?
Hana Tsu : Cantik. Tapi hari nie Auntie pakai make up.
Hana Tsu : [berpaling pada ibunya] Kenapa mak Hana tak pakai make up?
Mummy Hana : Hana suka make up ke?
Hana Tsu : Suka. Bila pakai make up lagi cantik..
[tiba-tiba Hana Tsu marahkan maknya dan mula menangis]


Peliknya kerana bedak nipis dan secalit lipstik nipis Mummy Hana Tsu telah membuat Hana Tsu memarahi emaknya dan menangis. Begitu sekalikah kesannya kepada seorang kanak-kanak perempuan?

2 comments:

hang nadim said...

Oooo ingat anak tuan Ponya Blog...

masMZ KaKiJaLaN said...

alamak camne nih?? tuan ponya blog, gelarnya cik lagi :p