Semalam buat kali keduanya aku berbuka di kedai makan. Ermmm... rasa macam magical of wonderland [hah tak berkaitan langsung! wonderland apa laks ye!] pulak, sebab tahun nih berbuka kat rumah dan masjid lagi dominan dari makan di luar... Harap kekallah ia begitu hingga ke hujung Ramadhan.
Terkejut dan tak terbayang aku melihat manusia berebutkan makanan... Terpaku aku melihat dari meja makan. Aduh, berat hati mahu melangkah mengambil makanan. Seorang teman bukan muslim, beriya juga mengambil makanan. "L, ambil sikit2 untuk meja kita dan untuk U saja. Mahu solat dulu sebelum menjamu". L mengambil tamar dan sedikit kuih muih. L temanku yang beriya-iya puasa sepanjang Ramadhan nie, beriya-iya juga berbuka setiap kalinya. "Masih awal lagi", bisik hati. Mahu berebut satu hal, tak kuasa. Mahu mengambil juga satu hal, lama pula dedahnya.
Aku melihat mereka beredar dari meja yang disusun makanan... "Mak aii, lapar benar tuh!!!" Semuanya yang berpusing kembali ke meja masing-masing membawa pinggan yang diisi setambun makanan. Eh, makan ke melantak diorang nih?? Kita buffet ke makan hidang?? Malunya aku... Boleh tak bayangkan, tiba-tiba meja makan mereka lagi penuh dari meja yang diletakkan makanan dari restoran tersebut??? Sudahlah begitu, tak ada pinggan yang isinya berpada melainkan membukit semuanya??? MasyaAllah... siapa yang mahu makan???
Setiba giliran mengambil juadah, yang ada sudah tidak seberapa. Ada yang sudah licin dah tidak tahu apa isinya... Biarlah. Pasti mereka-mereka yang benar lapar sudah menikmati dengan sesungguh hati. Bahagian untukku masih ada dan syukur.
Mengulang mengambil air. Memaling ke meja 'hidang' baru tadi, aduiyaiiii... Pasti sudah kelakuan yang kulihat tadi tidak lain dari nafsu. Penuh dengan rasa tamak... Berlebih-lebih makanan yang diambil. Mengambil tanpa mengingat yang di belakang...
Ermmm... iyalah bukan rezeki orang di belakang juga agaknya...
Ermmm... iyalah bukan rezeki orang di belakang juga agaknya...
No comments:
Post a Comment