FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, September 28, 2009

Hai LoMaNG 2009

Entah sejak bile pulak, lemang nie asyik disobut lomang. Den ni oghang Perak. Oghang Perak panggil lemang tu lemang, bukan lomang. Kalo orang nogori, iyolar lomang... Ado ko lomang makan dengan masak lomak kat Perak? Jawab Den, takdo... Oghang Perak makan lomang dengan rendang Tok! Eh, salah! Oghang Perak makan lemang dengan rendang Tok. Hehehe... Pagi-pagi nie jangan pening, nie nak ambil mood setelah seminggu tak berblogging.

Tarikh membakar lemang tahun nie jatuh pada 19 September 2009 setelah disahkan kita semua akan beraya pada tarikh 20 September 2009 (yakni tarikh keramat Den jugak, yang mano Den ghaso paling tak best! Huwaaaa). Tak ramai yang balik raya pertama kat umah Opah tahun nie. Ada Acik, ada Pakcik, ada Anik, ada Uda dan ada Tok. Nak bakar tak nak bakar, kena bakar jugak lemang sebab tiap-tiap tahun masa arwah Opah ada memang tak pernah tak bakar lemang. Kalau diorang taknak bakar, Den akan paksa jugak (kali nie siap permintaan tambahan bakar lemang jagung lagi! Thanks Acik!).

Berbalik pada cerita lemang, tahun nie Ustazah depan hantar hero dua orang untuk tolong (memang jadi kebiasaan lemang akan dihantar kat jiran-jiran). Amboi semangat betul diorang buat kerja, lepas tu amek gambar. Kata mereka, "First time tengok orang bakar lemang". 'Kerahan' bermula dengan ops perah santan, disusul dengan isi pulut dalam buluh dan angkat ke tempat membakar. Masa membakar, diorang dah minta izin balik sebab katanya dah sakit pinggang!?! Lepas tu, mata pedih kena asap! Adoi, macam mana budak-budak bando nih??

Cuaca petang tu memang tak menyebelahi.. Hujan mencurah-curah waktu petang (walau langit tengah hari macam best) dan tika masa nak berbuka air dah mula naik. Tak senang hati langsung berbuka dan tahun nie ari last puasa tak dapat berbuka dengan lemang! Makan dengan kadar tak senang, dan bersedia cari perkakas dan buat tempat bakar baru. Siap jer, tempat bakar lemang terus digenang air. Kelam kabut betul! Nasib baik juga dah tinggal nak bara saja!

Satu lagi cerita pasal lemang 2009, baru nak cuba sebatang nak tengok dah elok masak..... tiba-tiba tak ada letrik..... Ape ceghite nih??? Malam raya tak ada letrik sampai jam 2.30 pagi! Memang naya dan tragis.... Main agak-agak jer lar lemang tu dah cukup masak ke tak. Memang naya!!
Hai Lomang....

Hero-hero yang bersemangat sebelum mengadu sakit pinggang

Sebahagian lemang yang dibakar

Alamak air dah naik!

Tempat bakar baru disediakan dengan kadar segera

Tempat bakar dah bergenang air


Bara nak bagi bahagian bawah lemang masak

Ni larr lomang kami :)

[Den suko makan dengan rendang hitam atau serunding daging]
Post a Comment