FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 16, 2009

NaK JuGaK BaLik KamPuNG!!!!

Tak sabarnya nak balik kampung!!! Hari nie sudah ada teman-teman yang akan bergerak pulang... Jeles bangat!!! Aku??? Ermm... berjuang di pejabat sehingga Jumaat... [hari nie baru Rabu ye!?! Alahai...]. Agak-agak ramai lagikah di luar sana akan berada di ibu kota sehingga ke hujung minggu? Huwaaaaa.... nak balik jugak!!!!!

Lagu Balik Kampung yang sentiasa berkumandang lagi menyemarakkan semangat nak balik kampung... He sehhh tak sabaunya!!!

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh…( 3X )
Hati girangHo ho…
Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

[Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua teman-teman yang sudi menjengah blog KaKi JaLaN. Semoga semua selamat sampai ke destinasi. Mohon maaf sekiranya ada tulisan yang mengusik hati. SeLaMaT HaRi RaYa :)]
Post a Comment