FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, September 14, 2009

Tuan D., aYuHaiiiiii

Tuan Doktor 1

"Tuan D., bila nak panggil nie? Aku dah rasa cam nak mati dah nie... Ayuhaiiiii Tuan D". Ini sebaris ayat yang tiba-tiba terbisik dalam hati setelah hampir sejam menunggu giliran. Aku akui sesungguhnya ayat ini agak terlampau untuk dituturkan... "Tuan D. ingat senang ke nak buat keputusan datang jumpa Tn. D.? Saya 'nerbes' tau. Kalau tak terpaksa, memang tak terdatanglah... Ayuhaiiiiii Tuan D.", sambung dialog sendiri dalam hati.

Itu cerita aku minggu lepas dan pembantu Tuan D. akhirnya memanggil aku sesudah berkarung-karung dialog aku buat. Cerita dengan Tuan D minggu lepas berakhir dengan cuti sakit selama dua hari. Ermmmm dogaan...

Tuan Doktor 2

"Salam"
"Salam kembali"
"Apa khabar?"
"Ermm.... tak berapa. Saya nak pergi jumpa Tuan D."
"Kenapa?"
"Saja suka-suka. Manalah tahu ... "
"Erm.... makan ubat ye.... Selamat tido" [aiiik??!]
"Ermmm.... ye baik Tuan D".

Tuan Doktor 3

"Tuan D., obat Tuan D. dah habis. Kenapa macam tak de perubahan?? Lagi teruk pun iya juga. Tuan D., saya dah sampai kategori tidak boleh tidur. Malam saya bising." [ewah, bukan main bersusun ayat ekau].

"Erm... dah makan ubat ye. Dah habis ye. Nanti saya tengok lagi. ...[periksa.periksa]... Ni dah ok dah nie, saya bagi sambung makan ubat ye!" Dalam hati terus menjawab, "Tuan D., ayuhaiiiii! Obat lagi???"
Post a Comment