FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, April 27, 2009

PuLaU PeRHeNTiaN [DaY 3]

Masa berjalan dengan cepat sangat terutama pada waktu-waktu seperti ini. Waktu yang menggembirakan, huh!!! Hari ini cepatnya dah masuk hari yang ketiga!!! Rasa macam baru saja sampai!!!

Dalam sejuk malas, aku buka mata perlahan-lahan. Bunyi ombak sungguh menenangkan. Dalam samar aku melihat laut terbentang luas. Pagi yang cantik. Sangat cantik!! Aku melihat jam... "Subuh!" Jam awal lagi, tapi kalau dilajakkan malas aiii jangan sesekali...

Aku kembali ke tepi pantai... Eh, semua dah ada di sini kecuali .....??? Siapa juga yang mahu melepaskan suasana pagi di Perhentian? Owhhh rugi!! Udaranya sangat segar, jauh beza dari udara kota yang menyesakkan dada. Nyaman sekali.

Berjalan di gigi air bersama Luvis dan Sab hingga ke hujung pantai ke timur. Hingga ke hujung, Luvis tak putus-putus berusaha untuk mendapatkan talian internet dari telefon bimbitnya. Sab pula tiba-tiba dah berangan jadi sniper, amboii berangan-angan nak jadi fotographer. Tapi Sab, mana ada jurugambar suruh orang ambilkan gambar dan mengaku "tengok aku jurugambar profesional" Itu model larrr Sab :p Apapun aku suka ambil gambar Sab sebab Sab pandai betul bergaya depan kamera.

Sarapan jam 8.30 pagi. Menu hari ini ala-ala American breakfast – toasted bread (eh, roti bakar!), red bean, buttercup dan jem. Semua makan banyak-banyak sikit ya! Kita pegi hiking pagi ni pergi ke pantai area Perhentian Island Resort! Target tengok nemo n baby shark lagi. Hehe bestnya!

Hiking lebih kurang 45 minit sebab dalam perjalanan ada sesi menangkap gambar dan menghayati alam. Naik turun bukit dan penamatnya men`ceroboh’ kawasan Perhentian Island Resort. Sebenarnya bukan mencerobohpun, pagar yang ada tu rasanya nak elakkan binatang-binatang dari dalam hutan masuk. Lagi pula pagar tu dah senget... langkah jer...

Wahhhhh cantik sangat pantai kat sini. Airnya lagi jernih! 'ikan-ikan' atas darat pun banyak.... Aiyaya.... man still a man! Sabar jer larr (tak semua aaa, ada si gatal sorang ni aje!! Haha sorry erk ....). Yang pastinya kami semua menghabiskan masa hampir satu per empat hari kat sini. Siapa peduli kalau nak sun burn pun, biarlah!! Memang tak keluar-keluar dari air sampai jam 2 petang. Panas tu!! Dan oleh kerana dah sakan sangat dalam air, untuk hiking balik ke chalet, ya ampun! Ambil taxi bot, sampai chalet terus makan tengah hari (dah dekat jam 4 masa nie).. Macam biasa siap tambah lauk lagi!! Macam orang kebulur!!! Ekekeke.

Petang acara bebas. Semua orang pun nak bermalasan dan duduk tepi pantai. Mas hilang ya?!!! Hahaha.... biasalah tu... Korang pun memang jeles pi kacau Den tengah jiwa sensorang. Baru je dapat mood nak menulis... Dengan kedatangan kengkawan, tiba-tiba Jaja amek kayu kat tepi dan kami semua main limbo!! Adeh, memang nak pecah perut ketawa.... Tourist lain yang lalu pun senyum-senyum pada kami, eh ada pula nak join main... Haa u r welcome. Boleh. Boleh. Please join us! Keputusan tulang paling fleksibel jatuh pada Wan... Wah dalam diam Wan nih!

Habis main, ramai-ramai jalan di tepi pantai sampai ke tempat pagi tadi. Buat apa? Ambil gambar lagi… Owhhhhh i miss it so much!! Sesi gambar ni memang special, alamak nostalgia betul!!!

Malam bar-b-q, tapi pertama kali tak habis makan sebab sebenarnya semua pun masih kenyang lagi. Dah makan, ada yang pi mandi lagi sekali dek kerana panasnya petang tadi, ada yang membasuh, mengemas, tengok tv. Lepas tu semua kumpul tepi pantai lagi tengok gambar-gambar yang di ambil hari ini.

Macam biasa tidur tepi pantai lagi malam ni sebelum dikejutkan dekat jam 5 pagi kerana ada rasa langit mahu runtuh!
morning view masa ni belum pukul 7 lagi tau!
ketagih berposing!

sarapan pagi

Sorang perasan jadi photographer, sorang lagi busy cari wap

Hiking time. I like!

Gaya seorang KaKi JaLaN yang perasan!

Posing sat kat Coral View Island Resort.

Sesi snorkelling... Wan escott...

Diorang memang jeles! Baru dapat feel nak menulis!

Wan, juara limbo... Tulang apa yang lembut sangat nih???

[EnD oF DaY 3]

5 comments:

MaSHee said...

Salam.
Akak, cam best jer aktiviti! Bleh join ker lain x...hehehee...

masMZ KaKiJaLaN said...

Salam Aku... Dia... Kamu..

Terima kasih sudi menyinggah ke mari.
Ya bisa aja bila ada kesempatan lagi :)

MaSHee said...

Cantekk...cayalar!!!

Ren said...

yeay my turn to go to Perhentian next week!!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

Den pasti akan habiskan semua entri pasal Perhentian sebelum ekau pegi Jang!