FReNs iN KaKi JaLaN

Tuesday, December 27, 2011

GuDBYe OGoS 2011 : PuaSa, RaYa DaN MeRDeKa!!

Bulan puasa!!!  Aktiviti jenjalan tak berapa nak ada bulan ni.  Yang ada, pi cari tempat nak berbuka puasa.  Memandangkan tahun ni berpuasa kat tempat baru, sempat sekali dua tiga empat kali je makan kat luar (hahahaha apasal terbanyak pulak eh?!).  Program i Leb Epo diaktifkan semula (tatau larrr bila leh leb Epo nih).

KoH SaMui, IPoH

Hari pertama berbuka, berjaya memujuk kawan-kawan opis untuk berbuka di Koh Samui melayan rasa Thai.  Makan macam tak hengat.  Apa yang kitaorang makan, klik sini.

BuFFeT ExCeLsioR

Minggu kedua, kengkawan dari kampung mai (tetiber Kedah lar pulak kan?!) membawa hajat nak berbuka di hotel. Makanya kami berbuka di Hotel Excelsior, klik sini. Yang paling tak boleh lupa masa diorang datang ni, KJ kena paksa beli henpon baru... "Apa larrr ko ni, tepon soploh juta kali pun tak dengar!". "Hahaha. Nasib ler kan. Dah senang lenang dok rumah, pastu dengan omak pun dah cakap. Nak kisah apa tepon. Lagipun tepon kecik, tatau dah mana letak tadi. Wakakaka". Masa ni tepon nokia rosak, jadi terpaksa pakai tepon jaman batu - kalau bunyi kat public memang kalau boleh taknak ngaku larrr bunyi tepon sapa! Buleh?! Meh klik sini.


THe DubLiNERs CaFe

Ciptarasa western ngidam pulak tetiber masa bulan nih.  I leb Ipoh seterusnya terai buffet Ramadhan The Dubliners yang terletak kat Greentown.  Owhhh bagus!  Taw dah port nak pergi lepas nih! *wiNK~  Kat mana, ada apa, klik sini.


'PeNJaHaT2' TeRJaH RuMaH ABu dan Is!

Macam biasa kalau birthday, birthday ni memang seprais larrr kan?!  ABuGeN (sukahati) ada pelawa untuk berbuka kat rumah dia, "Iftar Ereignis in meinem Haus (Potluck) Bitte stellen Sie den Tag ... "  tapi semua orang pun buat-buat sombong dan banyak songeh (hahaha memang pun!) sampai last sekali planning tinggal planning je.  Sebab aku dah dok jauh, sukahati jer lar kan nak datang pekan Kolumpo tu bila (hahaha). Citer lanjut, klik sini



KaMPuNG KaCaNG PuTiH, BuNToNG

Fiuuuuu.... tak sangka Program I Leb Epo berterusan membawa aku ke Kampung Kacang Putih yang terletak di Buntong.  Baru je tengok tempat ni kat Buletin Utama :)  Memang rambang mata nak pilih kacang dan maruku sebab banyak sungguh pilihan nak dibuat.  Antara yang ada, klik sini.


KaD RaYa TaHuN Ni....

TaRaaaaaa....... 

KaD HaRi MeRDeKa pulak
DaN SaTu LaGi KaD SPeseL

Banyak larrr pulak! kan!

Monday, December 26, 2011

GuDBYe JuLai 2011 : LaRi LaRi BeRKeJaRaN

IPoH INTeRNaTioNaL RuN

Melepas rindu... Aktiviti berlari tahun ini kurang sangat. Ermmm ayat yang paling sesuai "kurang sangat-sangat" kot. Bukan setakat lari dalam event, tapi nak berlari suka-suka pun dah macam tak ada dalam kamus tahun ni.  Seronok sangat masa ni sebab kawan-kawan dari pekan Kolumpo datang lari sama.   Lepas lari, berkenduri durian manong pulak!! erk?! Hehehe... dengan tak malunya telah terminta sebiji dua untuk bawa balik sebab duriannya kelihatan sungguh lazat *terus ngidam nak buat kuah durian! Peberet!


Hai larrr tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat pemastautin ku, tempat mencari rezeki (suatu ketika dahulu, huuuuu).  Tanpa gagal tahun ni, Pesta Flora itu ku jengah juga.   Seronok bersnapping-snapping dengan JT, sipoo Bad dan sipoo Zul :D




Macam bercinta sungguh nak pergi menonton teater ni!  Dugaan bertalu-talu!!  Alhamdulillah, ada juga rezeki nak pergi tengok..  Memang best dan kelakar habis.  SUKA!!! Kan JT kan?!


ProGRaM RAS BeRTeRuSaN Di HuJuNG MiNGGu 

Kali ni giliran kawasan KJ dan dah tentu juga kena hadir gak untuk giliran orang lain, sungguhpun di hari minggu!!!  Untuk bulan ni, KJ melayan RAS di Grik dan kawasan KJ di Lumut.  Tiba-tiba pagi tu, masa program RAS kat tempat KJ,  semua Enchek Bos, mahupun Enchek Bos Besar tak datang... Haru! Haru! Nasib baik kali ni datang dengan baju glamer ala-ala datin gitew (hahahaha)...  Jadi VVIP pula hari tu dan bersaing dengan menteri kabinet *peluh-peluh nebes! **takde entri langsung pasal RAS, tak sompek!



Satu-satunya event Triathlon yang KJ masuk tahun ni.  Nyaris-nyaris tak dapat pergi, tapi dengan semangat yang masih berkobar-kobar, KJ memandu seorang diri terus dari Lumut (sebaik sahaja program RAS Lumut tamat) menuju ke Port Dickson.  Handphone dah nyawa-nyawa ikan pulak! Haishhh kacang semangkuk betul!!! Terpaksa berharap untuk bertembung dengan kengkawan masa pendaftaran atau setidaknya masa carbo-loading.  Masa pendaftaran terserempak dengan R, tapi masa carbo loading berpisah sebab tempat lain-lain.  Masa taklimat pula tak jumpa sesiapa! Hadeh! Haru betul!  Malam tu, KJ memandu ke Seremban dengan nekad untuk cari bilik nak tido! Giler penat tapi taknak fikir panjang sebab esok dah race.  Kelam kabut, diorang-diorang cari KJ tido mana.... Ater nyerrr nak buat camner kan?! Tepon dah mampuih!  Apa pun event ni memang layan!  Team memang best best ;D


Akhirnya tercapai lagi satu wishlist!  Sangat suka!  Dah lama ngidam nak tengok persembahan tradisional nih.  Memang mengujakan!!!  Lepas ni nak sampaikan juga menonton tarian klasik India, no matter what! Hehehe.

JoM MaKaN BuaH Di PuTRaJaYa

Ahakssss.... tak sempat nak buat entri... yang pasti sampai sendat makan buah kat Taman Warisan Putrajaya bersama JT dan HD!  Lepas tu KJ dan  JT sambung nengok Putrajaya Night Run.  Sedih tengok kawan-kawan lari, kita dok kat tepi je...  Susah betul nak merancang bila keje kat tempat baru ni ~jadual tak pernahnya tetap! Mencikkkkkk!



BRoGa LaGi!~

Broga... Terjebak lagi walaupun pada sebelah malamnya hingga menjangkau jam 1 pagi masih lagi membuat pujuk rayu supaya perjalanan dialih arahkan ke aktiviti main air... Akhirnya, " Baiklah, saya ikut saja"... Dengan gigih, KJ bersama JT, sipoo Bad dan Zul mendaki larr Broga...


GuDBYe JuN 2011 : BeRJaLaN ke UtaRa

WeDDiNG MaRaTHoN TeraKHiR!


Jun!!!  Lepas haruk lagi 2 kali kenduri, akhirnya berakhirlah wedding marathon dalam famili!!  Keje giles kena bertungkus lumus menanggah untuk kerja-kerja kahwin nih...  Kalau bukan tiap minggu berturutan, selangnya cuma seminggu je...  Bila hantar borang cuti pada Enchek Bos, dah macam tak percaya je...  Ater nak buat caner Bos???
Minggu pertama kami ke Penang memandangkan bakal keluarga baru kami dari Penang...  Sambil-sambil tu, sempat juga kami ke Bukit Bendera (lepas kami balik je terus kabel car stuck pastu tutup dekat sebulan eh? hahaha seb baik kami selamat tak sangkut goyang-goyang atas tu!), Kebun Bunga dan makan-makan kat Gurney...  Yang paling seronok, rasanya adik ipar kot sebab ini pertama kali jejak kaki ke Penang... Hehehe (entri berjalan ke Penang, tak sempat nak buat! Huh!).
Lepas kenduri di Penang, sambung pula kenduri kat Ipoh. Meriah. Meriah... Kali ni walaupun tak dapat berkumpul semua macam kenduri kat kampung hari tu, kami semua tetap layan.... Kalau masa kat kampung ada makan-makan waktu malam, kat Ipoh pun ada... Tapi kat Ipoh, kami semua pakat ramai-ramai melayan boling petang selepas kenduri....  Esopknya pula kami berjalan ke Lost World of Tambun nengok binatang dalam zoo dan sambung main air ;D




FaMiLi WeDDiNG MaRaTHoN, aLHaMDuLiLLaH SeLeSai DaN SeLaMat SemuaNYa... SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu DaN TaHNiah :D

NaDia daN KaMaL (23-25 April 2011)
AzwaN daN IDa (30 APRiL, 1 Mei, 14 Mei 2011)
ERos DaN ELiN (6 JuN, 11 JuN 2011)

LaNGKawi, KaMi DaTaNG!!!

Selepas bersusah-senang di Pangkor suatu ketika dahulu, KJ, JT dan HD membuat onar ke Langkawi...  Perancangannya bila JT kata "Nak cutiiiii!!!", KJ jawab "Sebulan dari sekarang" dan dibuat secara -terbuka.  Walaubagaimanapun lokasi dirahsiakan dari tatapan umum...  Bila HD tiba-tiba kata nak ikut, sedap kena main dengan kitaorang!  Tak tahu lokasi nak tuju sampailah hari nak pergi! Percaya atau tidak, kami kata nak pergi Jerjak dan HD memang betul-betul percaya!!! Hahaha... Memang lawak, tapi trip kami memang best...  Tak terikat dan main redah je...  Macam biasa, trip bajet tapi happening :D  Perjalanan ke Kilim Geopark, Pantai Pasir Hitam, Buffallo Park, Sawah leh klik sini.  Perjalanan ke Pantai Chenang melayan matahari terbenam kat sini; Main Air di Pulau Dayang Bunting kat sini; Pulau Besar dan Pulau Beras Basah kat sini; Rebak Marina dan Telaga Tujuh sini pulak; makan-makan kat Langkawi sini dan dalam perjalanan pulang singgah ke Restoran Bawal yang sedap di Sungai Petani, ce klik sini.  Trip Sharon Aziz, Nona Elena dan Remy Sehak katanya ;D ~wiNK

*Mood Melankolik mencari arah counting counting destinasi belum tetap!!










* Bulan Jun memang BEST!!!