FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, December 31, 2012

2012 : MaSa uNTuK UcaPaN SeLaMaT TiNGGaL (PaRT 2)

Part 1, klik kat sini.

JuLai 2012 :


Dalam tahun 2012, kasut lari pada kebanyakkan masanya bukan lagi di kaki.  Gantung!  Memang gila-gila gantung kasut.  Few events registered, but during the event mesti jatuh masa sibuk dan tak boleh nak cuti atau jauh dari lokasi pekerjaan aku sekarang.  Dem i'm so tensi weiiii....

Seingat aku lah, tahun 2012 ni, dua event sahaja yang aku dapat masuk iaitu Ipoh Run dan yang keduanya seminggu selepas itu di Port Dickson International Triathlon yang mana event yang ini memang merupakan event kegemaran yang ditunggu oleh aku dan kengkawan sebab pada masa inilah dapat jumpa dengan ramai kengkawan.  Masa lain susah nak berkumpul ramai-ramai macam ni.  Aku tak jumpa entri pasal event ni untuk 2012 ni, hahahaha... i guess this is another entry yang aku tak sempat buat :(

PD iNTeRNaTiONaL TRiaTHLoN : yeayyyy


With the mates...  Partner tetap dengan Den Ombak... Woiii bersara lar... Aku dah bersara! Hahahaha... Pigi dahhh... Penipu je ko nih Mas!!..  Among all, hanya aku dengan Den je yang tak reti-reti nak upgrade buat solo.  Kita sama-sama meriahkan event dengan support kengkawan je sudah ya Den.  Hahahaha.


Satu lagi trip bersama Travelholics... yang terakhir bagi tahun2012 katanya...   Masa trip inilah kak Anash di'up'kan menjadi #tansreecoco kerana antara kami semua, beliau sahaja yang mempunyai bicboi... nyampasss! Hahahahahaha....

OGoS 2012 :

Bulan Ogos sibuk bertawaf satu negeri dan salah satu tempat yang aku paling suka ialah dekat satu kilang ladang kelapa sawit.  Pertama kali masuk dalam kawasan ladang dan kilang rasa macam masuk tempat pelancongan dan masa ni lah tiba-tiba rasa macam nak kawen dengan anak tokey ladang boleh? Hahahahaha.... Drama!

SePTeMBeR 2012 :

CuRi MaSa Di CaMeRoN HiGHLaNDs MaRDi, TiMe TuNNEL etc


Seingat aku, yang naik ke Cameron masa ni untuk pergi mesyuarat kot?!  Hurm ada dua kali naik atas, tapi tak ingat minggu-minggu bila.  Biasalah kalau dah kerja luar, haruslah sambil selam minum air yer dak?????  Rasanya masa Ogos pun ada naik.

Misi HiDDeN GeM di #negaraEeypoh ie THe MYSTeRiOuS TaSiK CeRMiN, JuGa kE KeK LooK ToNG, PeRaK ToNG daN GuNuNG LaNG, Gua TeMPuRuNG, KeLLieS CaSTLe daN KaPaL KoReK TaNJuNG TuaLaNG

Orang kata tulisan aku masa tulis siri Misi Hidden Gems di #negaraEeypoh ini agak drama.  Masa ini aku baru bebas sikit dari sibuk pejabat dan hanya berhujung minggu di #negaraEeypoh.  Mula-mula sekali ajak Byya datang, kemudian datang pula John (sekarang dah Henry Fox pulak?!) sebab tak tahan provokasi hidden gems misteri dan disusuli oleh Maszuber hahhahahhaa.....  Yeahhh aku suka sangat siri misi Hidden Gems ini kerana berjaya juga ke beberapa buah tempat dan tak mungkin aku nak menjejak ke sana sorang-sorang.  Terima kasih semua :D

SaMBuTaN HaRi LaHiR YaNG PaLiNG SaDis

Tahun ni bukan setakat cuti raya yang paling pendek, tapi sebenarnya aku lah orang yang paling akhir mula bercuti dan antara yang paling awal kembali ke pejabat.  Semuanya kerana ada acara pejabat yang bakal diadakan ~ rentetan dari kerja tawaf satu negeri aku pada bulan lepas.

Minggu kerja sampai malam dan berhujung minggu di pejabat.  Masa hari 'gembira' aku tu dah mula demam tapi kerja dan  selepas event, aku demam dan disusul hilang suara selama beberapa minggu.  Ko hade takde suara yang bukan main lama cam aku?

Yang mengubat hati bila tak semena-mena ada panggilan yang tak terjangka dari kenalan lama..  Hoyeahhh terima kasih. That's really makes my day finally!


SeMaRaNG KoTa LaMa daN KaRiMuNJaWa beRCuTi BeRSaMa RaNcANGaN TeLeViSYeN  INDoNesia (wow gitew kan?!)


Weeeeeeeeeeeeeeee......  percutian yang penuh drama.  Almaklumla cuti tengah waktu sibuk...  Apapun pergi cuti ni memang best dan Karimunjawa best!!!  Hehehhehee bertabahla tunggu entri ni habis :D

OKToBeR 2012 :

KaYuHaN HiJaU Di LuMuT kaTaNYa

Balik dari Semarang, masuk je pejabat terus kena tarik untuk uruskan Program Kayuhan Hijau di Lumut.  Selain sebab tak sihat, sebab aku hilang lama inilah dianya.  Ada permintaan buat lagi tahun depan?  Pitamlah saya kalau main terkejut-terkejut lagi nih..

SuNSeT Di CHaNGKaT LaDa

Berhenti tepi jalan dekat sawah semata-mata nak tunggu matahari melabuh tirai.  Masa kat sinilah hati rasa betul-betul tenang dan melepas nafas lega.  Semoga berlalulah kesibukkan yang bukan-bukan selepas ini.


NoVeMBeR 2012 :

Hey ADa PoRT BaRu NaK KeNa CaRi LuBOK TiMaH jom!!!


Yerr tak tipu ada tempat macam ni dah tak jauh dari bandar Ipoh a.k.a #negaraEeypoh.  Rasa macam tak sangka je..  Cita-cita nak menjenguk tempat ni akhirnya terlaksana juga bersama Maszuber dan DanArif.  Weeeeeeee~  Hurmmm batuk2... Ya, entri tempat ni belum tulis jugak!

BerCaMPiNG Di BuKiT CaHaYa SeRi ALaM DeNGaN OMBaK OLD BuDDieS

Mas, bila nak turun?  Mas nanti roger-roger.. Dan sekali tu memang aku nekad untuk turun sana dan peruntuk satu hujung minggu khas untuk kengkawan di Ombak.  "Mud, rindu bau hutan"  "Bau hutan ke tanah?" "Har har har.... Hantu ko!"  I missed my days with them..  Training macam nak rak bila event nak dekat dan kejebakkan aku dengan diorang memang hebat.   

KaYuHaN PeRTaMa GoMBaK ke GeNTiNG SeMPaH


Kan dah kata kalau dengan bebudak Ombak ni, boleh terjebak macam-macam.. Setelah sekian lama tak beraktiviti berat, tiba-tiba aku ikut kayuh dari Gombak ke Genting Sempah.  Gila macam nak mati sebab dah la baru kali pertama tapi kayuh naik bukit! Setan sungguh! Apapun aku suka sangat masa pergi nih sebab jumpa kawan-kawan baru, kayuh rileks2 merentas kesegaran pagi tengah hutan, yezzaaaaaaa.... NAK BUAT LAGI ok!  Terima kasih Ann, Mud, Ani, Abang Omm dan Abang Din dan semuanya larrr.... Dudu, Auntie Latifa, lagi hurmmmm heehehe tak ingat nama! Hahahaa

MeNJeNGaH LeNGGoNG TaPaK WaRiSaN ARKeOLoGi DuNia


Atas urusan pekerjaan, satu hari suntuk aku di Lenggong.  Sempat juga ke Tapak Perkelahan Ulu Lawin (dah tulis) dan satu lagi tempat yang memang aku teringin sangat nak pergi Muzium Arkeologi Lenggong (yang ni tak tulis lagi entrinya).  Balik dari trip ni, ada satu cita-cita baru dan terasa ingin lagi ke tanah Lenggong.  Ada tak sesiapa berminat untuk menjenguk tapak-tapak warisan di gua-gua di Lenggong?  Jomsss!!!

DiSeMBeR 2012 :

WaTeR RaFTiNG Di GoPeNG best okeysssss


Masa kawan offer jadi urusetia, tengok tarikh memang tak kena sebab akan berada di lokasi yang berlainan.  Tapi sebab nak juga main rafting, "N, korang punya rafting hari pertama ke kedua?  Pukul berapa?" Dan akhirnya aku pun menyelitkan diri dan awal-awal bagi sign memang datang nak main saja sebab terus nak cabut ke KL selepas tu.. Hurmmmm percaya tak percaya, entah macam mana aku boleh terus bermalam kat sana dan esoknya jam 5 pagi aku keluar dari Sungai Itek tu dan terus shoot ke KL.  Gigih sangat aku nih! Hahahaha...  (entri Gopeng ni belum tulis lagi)

HaRi KeLuaRGa di LiNGGi, MeLaKa

Gigih memandu dari Ipoh ke Melaka dengan masa perjalanan selama 7 jam seorang diri demi keluarga! Cewah!  Ini sebahagian dari keluarga di sebelah ibu dengan beberapa famili yang tak dapat hadir termasuk famili adik aku dan Nadia sebab baru beberapa hari dapat baby, dan famili2 dari Ipoh sebab sibuk nak urus kenduri kawen pada 22 Disember.  Kalau semua sekali datang, memang habis semua chalet kami booking! Hehehehe....  

KeSiMPuLaN daN HaRaPaN

Alhamdulillah, habis juga entri summary 2012 nih..  Bila dah buat macam ni, baru nak sedar diri betapa banyaknya entri yang aku tak tulis lagi.  Setiap bulan berlalu tanpa sunyi dan kehidupan yang agak pack hampir nak setaraf Perdana Menteri kot!  Baru juga sedar, kenapa selama bertahun aku duduk di #negaraEeypoh ni tak pernah kena bayar bil letrik! hahahaha...  Dah tak lekat kat rumah, memang la bil rendah sampai tak payah bayar!  HEhehehe Alhamdulillah rezeki.

Sedar tak sedar dah dua tahun lebih aku duduk di #negaraEeypoh ni.  Banyak juga tempat yang dah pergi, tapi ada juga tempat yang tak sempat nak terjah masuk lagi.  Masih lagi hutang nak ke Muzium Gopeng dan Taman Herba.  Bilalah #tansreecoco nak mai negara Eeypoh ni???

Untuk 2013, kemungkinan besar aku akan berhijrah dari negara Eeypoh.  Doakan kejayaan aku di tempat baru.  Tahun 2013 telah diisi dengan beberapa perancangan perjalanan ke beberapa tempat (semua ke timur katanya).  Semoga perjalanan kali ini dipermudahkan dan tak ada lagi drama-drama dari lokasi pekerjaan.  Niat tahun 2013, aku nak pakai balik kasut lari dan mungkin juga tambah kasut? Hehehee...  Andai kata betul pindah ke tempat baru ni, aku niat sesekali pergi keroje naik basikal gitew... :D

Selamat menyambut tahun baru untuk semua kengkawan dan semua yang sudi singgah ke KaKi JaLaN.  Sila vote aku jadi duta pelancongan Perak yerrr... Hahahahahaha.... eh kansel larrr sebab Tahun Melawat Perak habis hari ni.... Haaaaa undi aku untuk duta pelancongan Terengganu sebab tahun depan Tahun Melawat Terengganu katanya :D

Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013.

Post a Comment