FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, December 31, 2012

My SeLaNGoR SToRY KaTaNYa!!!

Entri terakhir kot untuk tahun 2012.  Dalam masa tak sampai dalam tempoh 24 jam, 3 entri aku pos! Terpaksa kagum dengan diri sendiri sekejap! 

Apapun, semalam dapat jemputan untuk join My Selangor Story 2013.  Wahhh, terkejut gitu!! Senyum tapi tak pasti betul ke ni?  Tiba-tiba dapat jemputan dan nak kena submit entry sebelum detik doblas malam tahun baru... Denggggg.... sempat ke nak buat nih?!  Naaaa sekarang aku tengah taip ikut suka hati sambil berangan Cuti-Cuti Malaysia aku tahun depan.  Nampaknya akan lebih banyak di Selangor jika aku terpilih!  Hoyeahhhhh....  

Katanya kena tulis kenapa aku harus terpilih jadi top 20 diorang??  Senyum sendiri sambil jari ketuk-ketuk meja ~ fikir macam mana nak buat ni.  Sumpah kalau nak tulis ayat buku, entri-entri macam tu dalam KaKi JaLaN memang tak wujud.  Semua santai dan tulis ikut suka, ala-ala bersembang dengan yang membaca kekdahnya.

Memang aku suka berjalan.  Suka masuk segala ceruk tempat dan cari apa yang aku dengar dan baca.  Suka juga singgah atau sanggup juga berpatah balik semata-mata untuk tengok apa yang aku nampak sepanjang perjalanan.  Suka mencuba sesuatu yang baru.  Cari tempat makan best???  Weeeee... siapa yang tak suka ye dak???  Paling penting, bila buat sesuatu tu, gambar wajib ambil, buat nota ringkas dan kemudian kongsi dalam KaKi JaLaN.  Dengan tabiat aku ni, kadang-kadang orang ingat aku ni wartawan! Hahahaa... overest sangat.  Kalau ada event?? Oklah aku mengaku bahawa aku memang sama taraf sibuk macam wakil media!! Perasan habis tu..

Aktiviti lasak, masuk hutan dan ber'camping' salah satu aktiviti yang aku suka bila ada kesempatan.  Aku juga hantu air... Ajaklah mandi laut dan main air kat sungai, memang tak keluar-keluar dari air sampailah lapar atau dah nak balik.  Aktiviti lasak lain juga bukan asing, tapi ada beberapa aktiviti lasak di Selangor di dalam pembacaan aku, sangat menarik dan belum aku cuba.  Yer, aku teringin sangat nak buat paragliding kat Jugra, rafting di Kuala Kubu, main air kat Puchong dan aku yakin ada banyak lagi yang ada kat Selangor yang aku tak tahu.  Yakin semuanya best!!

Beralih dari sukan lasak, aktiviti masuk kampung juga aktiviti yang menjadi kesukaan.  Ia  mengingatkan aku pada zaman budak-budak dahulu. Aku suka suasana kampung. Homestay kampung salah satu hasrat yang terpendam kerana kampung sendiri sudah menjadi rumah batu.  Mungkinkah aktiviti masuk kampung turut menjadi agenda di My Selangor Story 2013?? Ye, aku  nak pergi!!!

Sejujurnya, Selangor bukanlah tempat asing kerana aku pernah menetap di sana selama beberapa tahun.  Walaubagaimanapun, aku tahu masih banyak lokasi dan aktiviti-aktiviti menarik yang ada di Selangor menunggu untuk diterokai dan dicuba.  Tak sabar untuk bersama-sama di dalam My Selangor Story 2013.  Di detik-detik akhir ini, aku berdoa supaya aku antara yang bertuah terpilih supaya pengalaman di Selangor ini dapat aku dikongsikan di KaKi JaLaN.  Aku rasa inilah peluang yang terbaik juga untuk aku mengenali Selangor dengan lebih dekat.  Pilihlah aku kalau rasa cara yang aku tulis ni lagi dekat dengan  korang :D


Jom main lalang di Bukit Broga, Semenyih!
Amacam? Berani?  Ekekeke...  Menjengah di Paya Indah Wetlands, Dengkil.



Post a Comment