Tak ada yang benar melainkan benar belaka bahawa makanan terakhir yang kami jamah adalah sarapan pagi jam 10 pagi di LCCT. Sudah menjelang malam dan belum juga ada makanan yang masuk ke perut. Agak kecewa dengan matahari yang malu-malu di Uluwatu, pak Nor mencadangkan kami untuk cuba melihat matahari terbenam di Jinbaran pula.. Katanya, langsung makan malam di sana...
GU : Pak Nor, mahal tak?
PN : Biasa-biasa aja. Harganya dikontrol pihak berkuasa
GU : Ermmm... Oklah! Yeay makan !! LAPAR! LAPAR! LAPAR!
Dek kerana tidak mahu melepas peluang mengambil gambar di setiap ceruk yang terdaya di Uluwatu, maka lewat kami sampai di Jinbaran. . Terlepas juga melihat matahari terbenam sambil menikmati makanan (sungguhpun pada asalnya Pak Nor memberitahu masih sempat mengejar matahari <- padan muka asyik benar ber'posing'!). Kami dibawa oleh Pak Nor ke restoran Aroma (special fresh and live grilled seafood). Sebaik sahaja diturunkan di sana, kami disambut dengan mesra dan diberi mood Bali sepenuhnya. Masing-masing diselitkan sekuntum bunga di telinga sambil alunan muzik tradisional mengiring kami masuk. Maju kami terus ke meja makan mengadap pantai. Sungguhpun nun dikejauhan tampak gelita, masih jelas ombak besar memukul pantai. Di kiri kanan, sepanjang pantai penuh dengan pengunjung yang menikmati makan malam... Cantik. Sekali sekala langit terhias bunga api yang cantik, aduh... sungguhpun kami ramai, masih terasa suasana romantik. Lagi istimewa bila ada sekumpulan penghibur datang membuat persembahan dari meja ke meja... Serasa seperti orang kaya pula (sebelum terasa bankrup! haha - nak kena bagi tip laksss)! Apapun, sedang kami menikmati makan malam, kami dihiburkan dengan tarian kechak... Yes!!! Tercapai juga cita-cita ku.
Sebelum kami check-in di hotel, kami dibawa ke Kampung Bali, Kuta. Memang sesuai untuk membeli buah tangan di sini, kerana semuanya sudah ada di dalam kedai. Dari fridge magnet, ke keychain, tshirt, barangan spa, lukisan semua ada. Yang tidak ada pada malam itu, mood membeli belah sahaja kerana ketika kami sampai jam sudah menunjukkan angka 9.30 malam... Sempat sambar dua tiga kucing berlari je (eh?)! Sempatlah beli dua tiga buah tangan yang kecil-kecil.

Catatan :
*Harga makan malam untuk 7 orang 723,000 rupiah (opsss tercekik! kejutan dengan angka besar di hari pertama). Lauk ikan bakar 2 ekor, sotong goreng tepung dan udang mentega.
*Masakan sama macam di Malaysia, tapi rasanya biasa-biasa sahaja. Yang lebih cuma suasana yang romantik, dan laut yang cantik.... Opss satu lagi sebelum tertinggal sebab ada persembahan kechak.

Depan pintu masuk ke restoran... Boleh memilih untuk duduk di dalam restoran ataupun duduk di tepi pantai
Entri selanjutnya : Singgah sebentar ke Pantai Alit dan yang menarik di Pasar Seni Sukawati
8 comments:
makan..makan gak...
ade ke sobinear utk ku ini
yang 'terperangkap' di malaya..
huhu
Ish rasanya kanngkung tu kena bayo la sebab kalau tak mesti tak mahal nak mampos kan...dah la ambek dua tiga kali si kangkong tu hahahahaha...
Anash,
terperangkap erk!!! mana orkid Bukit Fraser nih??? Hehehe... Percutian tanpa bajet, tanpa sebinier,hahhaahaha...
Janggel,
ye ke?? kata Pak Nor nasi dengan sayur percuma.... Lupa pula kat mana letak resit...
* katanya mas yanto : jika di tepi pantai, di tepi sawah dan di tepi (alamak lupa!), memanglah hargalah mahal.... [huk huk]
memang dia cakap free..tapi ntah2 kena bayo ..manalah tau kan..
Mas Yanto cakap, yang mahal kalau di tepi Pantai , Di tepi Sawah dan di tepi bukit.
wakakaka.... iyalah juga! mana tahu!
ya... tepi laut, tepi sawah dan tepi bukit.... tempat lain, harganya ok!
apsal lain mcm je ikan tu ?ikan gapo dio tu
heeeee.... ya ampun, den gagal sikit nama-nama ikan ni.... len macam???
Post a Comment