Pantai Alit tidak termasuk dalam senarai pantai idaman yang ingin kami tuju. Mas Yanto yang mengajak singgah kerana di Bali ada banyak pantai dengan keistimewaan yang berlainan (pada pendapat den larr). Menurut Mas Yanto, air laut di Pantai Alit punya keistimewaan untuk mengubati penyakit. Kami mandi atau tak?? Hehehe, jawapannya tidak. Air laut dan pantainya tidaklah begitu cantik atau sekurang-kurangnya tidak cukup untuk mengujakan kami. Walaupun begitu, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mandi di sini. Mungkin kerana perkhabaran keistimewaan air lautnya. Gambar?? Terleka mengambil pemandangan dari mengambil manusia yang duduk bermain air di tepi pantai... [Ada juga sebenarnya tetapi tak dapat nak dipaparkan (ceh!)]...
Dikongsikan....
Dikongsikan....
2 comments:
ehem....nampak orang bugil2 tak kat sana??? Bak kata Mas Yanto gadis berbuntut tatoo??
sungguh gue tak paham apa yang mas Yanto cakap.. ehemmmm
Post a Comment