FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, January 27, 2011

BaLi : TaMPaKSiRiNG, UBuD

(adakah aku dibenarkan untuk meminta ampun lagi??)

Mahu mengarang mencatat perjalanan di Tampaksiring, Ubud. Adeh kepala terasa berat.

Sedikit info...
Tampaksiring berasal dari dua patah perkataan bali iaitu tampak dan siring. Tampak membawa maksud telapak dan siring bermaksud miring (senget). Konon, menurut sebuah legenda yang terekam pada daun lontar Usana Bali, nama itu berasal dari bekas tapak kaki seorang raja yang bernama Mayadenawa. Raja ini pandai dan sakti, namun dia mempunyai sifat angkara murka. Dia menganggap dirinya dewa serta menyuruh rakyatnya menyembahnya. Akibat dari tabiat Mayadenawa itu, Batara Indra menjadi marah dan mengirimkan bala tenteranya. Mayadenawa lari masuk hutan. Agar para pengejarnya kehilangan jejak, ia berjalan dengan memiringkan telapak kakinya. Dengan begitu ia berharap para pengejarnya tidak mengenali jejak telapak kakinya.

Di Tampaksiring, kami ke Pura Tirta Empul Temple yang khabarnya telah dibina pada 926AD. Terdapat ukiran-ukiran di dada bukit batu dan kolam-kolam yang disebut dapat memberi kesihatan yang baik dan kekayaan. Mana satu kolam yang dimaksudkan, tidaklah dapat kami pastikan kerana tidak semua kawasan di kawasan ini yang dapat kami masuk.

Selesai di Tampaksiring, kami ke Tegalalang untuk melihat padi yang ditanam secara bertingkat-tingkat di lereng bukit. Apakan daya, bukan rezeki kami untuk berposing berbelakangkan sawah padi yang menghijau.
deretan kedai sebelum sampai ke kawasan kuil

ni belum lagi masuk kawasan ni!

ambil mood... muka penuh harapan

dewa.... di bawahnya air sungai yang digunakan untuk pengairan sawah

Da nak masuk kawasan kuil


merenjiskan air suci bagi yang percaya

Wahhh.... kotak sawah dan kelapa bali.... tapi??? padinya???
air sungai yang digunakan untuk mengairkan sawah

ngee... ni bukan tempat nak mandi-mandi ya

posing dengan koboi sesat

di satu kawasan

ops... saper yang kan main sopan berkain tu??? Lupa pula nak cerita... kat Bali ni, bila masuk kawasan kuil kena berpakaian sopan... siapa yang pakai seluar atas paras lutut, mesti kena pakai kain.... yang kain lilit pinggang tu semua orang pun kena pakai... kain lilit pinggang tu kononnya simbol untuk mengikat nafsu di dalam kawasan kuil

tiada padi, pokok kelapa pun jadilah!

they believe the scared water

kurang pasti tembikar-tembikar ini untuk apa

barang jualan di kedai-kedai yang terletak di dalam kawasan kuil

Lagi jualan kerajinan Bali

Geng Ungu dengan post istimewa di tepi sawah yang terletak di kawasan kuil

next entri : nak tengok gunung berapi??

4 comments:

Ren said...

eh ehhhh comelnya sikain biru tuuu kirim salam kat dia yer.

masMZ KaKiJaLaN said...

he ehhhh... hemmmm tomei nyer diyerrr... nak kirim salam apa tu... salam sayang ke salam rindu???...

psst : xmo pesan soh tutop orat ka lenkali??? huahuahua

Ren said...

Jualan kerajinan bali tu amende?

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel, kerajinan bali - kraf Bali. Tak perasan ya?!