Yuhuuuu... tak sabar nak pergi tengok dolphin di Pantai Lovina. Jauhnya dari Kuta menyebabkan kami harus bergerak seawal jam 3.00 pagi! Sesampai di sana, pagi lepas ribut. Tengok ombak yang bergulung-gulung, macam yang tu lar juga kepala aku ni... tapi bukan sebab pening nak mabuk ombak ke mabuk laut ke, pening sebab tidur yang tak cukup. Memang tak ada maknanya kalau nak tidur kat Kuta mahupun dalam kenderaan yang kami naiki. Setiap saat terasa begitu berharga untuk disia-siakan... Kami dinasihatkan untuk menunggu sehingga jam 8 pagi sekurang-kurangnya untuk ombak reda (reda??? macam tak pun!!! gila maut!).
Disebabkan ombak yang kuat, maka tak dapat nak ambil gambar di tengah-tengah laut kerana tiada masa yang tenang. Dalam perjalanan balik setelah satu jam lebih di tengah laut, baru dapat kesempatan nak keluarkan kamera (sayang punya pasal, tak sanggup nak mengambil risiko!). Memang kelihatan beberapa kali dolpin melompat, namun disebabkan ombak yang tinggi tak nampaklah tinggi tak tinggi dolphin tu melompat. Gambar memang tak ada... Rugi. Rugi....
Disebabkan ombak yang kuat, maka tak dapat nak ambil gambar di tengah-tengah laut kerana tiada masa yang tenang. Dalam perjalanan balik setelah satu jam lebih di tengah laut, baru dapat kesempatan nak keluarkan kamera (sayang punya pasal, tak sanggup nak mengambil risiko!). Memang kelihatan beberapa kali dolpin melompat, namun disebabkan ombak yang tinggi tak nampaklah tinggi tak tinggi dolphin tu melompat. Gambar memang tak ada... Rugi. Rugi....
Info : Bayaran yang dikenakan adalah 100,000 rupiah
Next : Nak mandi air terjun tak?? Hari ini aktiviti kita wet wet wet, dah alang-alang
9 comments:
Rasanya gambo yang last tu cam salah jer...
cantik ler bali . satu persoalan - ekau lompat mcm tu tak terseliuh pinggang ko?
Janggel, ha'ah dah betulkan dah...
explorer, Bali memang cantik [ni aksi biasa... huahuahua...]
awalnyer kul 3pagi..masa saya kat situ dok kat aditya hotel naik bot kul 6pagi..nasib air tenang n cuaca cantik maka dpt la main kejar2 dgn dolphin yg terlompat2 n amik byk gmbr..hehe..
Rina277,
wah untungnya! awal2 pagi tu katanya ribut sebab tu ombaknya kuat.. 7.30 baru dapat naik bot sebab tunggu ombak reda sikit.... takut tapi disebabkan jauh nak sampai dan diyakinkan selamat, naik juga kami.... dapat juga tengok dolphin tapi tak dapat nak kejar dan ambil gambar.... katanya kalau bernasib baik, dolphin melompat2 tepi bot saja ya?! ;D
masMZ..
A'ah..btul tu..klu air tenang n mood dolphin agak baik mmg dia dtg dkt dgn bot..seronok n teruja sesgt tambah lak dolphin tu siap buat aksi akrobatic..haha..xpe next time ada masa n bajet lebih gi la lagi ye..hehe..
huwaaaaaaaaa...... jeles! jeles bangat..... mau pegi Bali lagi..... huwaaaaaaaaaa
Hi, i tgh survey pasal bali ni dan jumpa ur blog kat google. i just nak tanya yang 100,000 rupiah tu, bayaran untuk setiap org ke atau untuk satu boat? thanks
R,
100,000 rupiah seorang. Potensi untuk nampak memang ada. Masa kami naik bot, ombak tinggi pun boleh nampak... Tapi mengikut kata pembawa bot dan bak kata Rina277 untung kalau cuaca baik, dolphin datang main dekat-dekat :)
Post a Comment