Tolong jangan salahkan aku! Baru hari ini tahu rupanya Pasar Umum / Pasar Seni Sukawati terletak di Jalan Raya Sukawati, Sukawati. Owhhh sungguh aku ini tidak prihatin! Cuma yang ku tahu, Sukawati terletak berhampiran Ubud. Pasar Seni Sukawati tempat terkumpulnya pelbagai kraf Bali.
Di sini ada menjual lukisan-lukisan, barangan berasaskan manik, kasut (wow kasut manik pun ada!), barangan berasaskan buluh, tas-tas tangan, t-shirt dan semua yang teringat di fikiran mengenai semua kerajinan Bali (kraf Bali). Pendek kata, macam-macam barangan yang ada di sini. Harga barangan adalah mengikut harga pelancong, maka haruslah aktiviti tawar menawar dilakukan dengan bijak.
Kenapa ada Pasar Seni dan ada Pasar Umum Sukawati? Persoalan itu tidak dapat ku jawab. Kami hanya berpusing-pusing di Pasar Seni kerana segala yang menarik perhatian kami ada di sana.

Catatan :
Jangan terlebih-lebih bergaya kerana teman kami beriya-iya diikut oleh penjual-penjual barangan.
Jangan terlebih-lebih juga bertanya dan menawar jika tidak berniat untuk membeli.

Next entri :
Jom kita ke Tampaksiring... Ada apa di sana ya???
** Banyak gambar 'people of Bali' yang KJ ambil di Sukawati... Tunggu...
2 comments:
wahhhhh soping apa kat sana???
aikkk??? tak nampak ke blink blink yang kita pakai??? :p ada gelang blink blink.... ada beg blink blink.... [tetibe dapat baju ada bulan!]
Post a Comment