FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 23, 2011

LaNGKaWi DaY 1 : YiPPiE HaJaT TeRCaPai

Langkawi, fuhhh jauhnya nak menyampai kepada kamu kali ini.. Syukur apa yang dirancang (walaupun yang ada cuma tarikh sahaja) menjadi kenyataan. Sehari sebelum ke Langkawi, KJ kena ada kerja di Tanjung Malim sampai petang dan kemudian terus bergerak ke Melaka.. Hari ke Langkawi, KJ kerja di Melaka sampai jam 2 petang.. Tatkala KJ baru sepertiga perjalanan untuk pulang ke Ipoh, Janggel dah telefon bagitau diorang da on the way ke Ipoh (walhal tengah on da way ambil Dhamin (HD)!). Uiii mak aiii, sabar je larrrrrr...

Perjalanan ke Kuala Perlis mengambil masa dekat 4 jam dari Ipoh (hehe kami patuh hadlaju), molek je sampai sana dekat jam 7. Sebenarnya sasaran awal nak naik feri yang pertama iaitu 7 pagi, tapi sah dah terlepas. Banyak benau u-turn kena buat sebab terlajak jalan dan bagai. Trip feri berikutnya jam 8.15 pagi dan boleh larrrrr.... jom.... Harga tiket dewasa dari Kuala Perlis ke Langkawi ialah RM18 sehala. Tiket balik ke tanah besar, beli di Langkawi ya!

Jom beli tiket... Dewasa bRM18/sehala

Sarapan dulu ya!

Tak sabar nak naik feri! Cepatlarrr... Errr mana ferinya??? HAhaa

Selepas 1 jam 15 minit perjalanan, kami pun sampai di Langkawi. Yeayyyy... Nak jalan-jalan kat sini kena aaa ambil kereta, jom cari kereta (eh? lupa dah janji dengan sahabat lama A nak ambil kereta)

SaWaH LuaS TeRBeNTaNG - BeST NYeRR aMBiL GaMBaR! CHeCKeD!!

Wow weeee memang rezeki kerana sawah terbentang menghijau di Langkawi... Seronoknya snapping-snapping. Tiba-tiba terasa nak buat filem Nur Kasih pulak (eh salah Nur Kisah Da Movie, boleh??).

Hijau

Eh, hehehe... akhirnya muncul juga HD!

Da three of us berlatar belakangkan sawah :)

My peberet pic! Cam kartun n tetiber rasa suweet laksss..


BuFfaLo PaRKs - CHecKeD

Papan tanda ke Buffalo Parks kami temui semasa di dalam perjalanan ke Pantai Pasir Hitam. Disebabkan ketika itu KJ yang pegang steering kereta, laju je KJ ajak diorang masuk tengok ada apa. Rupa-rupanya kat tempat ini lar yang ada keju bertaraf dunia yang masuk tv (Majalah 3 ke). Di Buffalo Parks ini ada cafe, dan disediakan juga aktiviti-aktiviti bagi pelancong termasuklah aktiviti nunggang kerbau dan melawat kandang.. Menarik juga tempat ni, leh sesape datang larr menjenguk.





PaNTai PaSiR HiTaM - CHeCkeD!

Dah nama kemaruk sangat nak jumpa pantai, jom singgah Pantai Pasir Hitam. Tidaklah kami mandi di situ kerana pantainya pendek sahaja. Semasa kami berada di sana, hanya kelihatan tiga empat kanak-kanak (mungkin dari kampung berhampiran). Pantai Pasir Hitam? Ermmm kenapa ya namanya macam tu??? Ce tengok, ce tengok pasior (pasir) nya.... hitam! Macam mana atau kenapa pasir pantai kat kawasan ini berwarna hitam? Ada ceritanya-ceritanya pilih lar nak percaya yang mana satu, ada papan cerita di tepi pantai.





KiLiM GeOFoResT PaRK - checked!

Kilim Geoforest Park sebenarnya merupakan antara aktiviti utama yang kami teringin nak buat (den dengan JT jer sebenarnya teringin ya amat... konon-konon nak mengimbau Phuket lalu-lalu bawah gua bagai). Hajat tak sampai tapi kami checked in juga larr erk! Kos untuk ikut kepala tak ada disediakan, kami nak kena ambil dan bayar harga 1 bot. Uii mak aii bajet... Kalau lar ada mana-mana group kami boleh tumpang sekaki hari tu bestnya.... eeee takde lar pula...Ishkkkk.... Harga pakej kalau terus datang ke taman ini boleh klik pada gambar untuk tengok. [Tips : rupanya kalau ambil kat agen kat motel yang kita tinggal boleh dapat lagi murah!]






entri selanjutnya : melayan sunset di Chenang....

2 comments:

just.HY said...

tak ajak pun pegi langkawi...kbai

masMZ KaKiJaLaN said...

owhhhh Danny,

Mai lar.... Mai larrrr....