Siti Farida satu nama dua tuan yang digabungkan namanya kerana tuan empunya nama mematikannya sebagai selamanya. Sebetulnya aku tidak mengenali sebahagian dari yang empunya nama, tetapi yang tidak kukenali itu telah lama kulihat bayangnya. Bukan diminta bila nama itu membuka pekungnya tanpa sedar. Mungkin makbul doa memohon petunjuk. Terlalu putar belitkah bahasa yang bukan sengaja aku susun sebegini??
Telah ku tanyakan siapa sebenarnya Siti Farida? Malang jawapan yang diterima terasa jauh sasar. Berat lidah mahu menerus bicara. Kecewa menyelubungi jiwa. Entah sebahagian Siti itu perasan ubah riak wajah. Perginya Siti seperti biasa. Aku tidak melihat perasaan padanya. Siti Farida hanya menggelengkan kepala dan memberi senyum sinis. Mungkin juga soalan aku jenaka. Mungkin juga senyum itu sengaja.
Aku bukan manusia yang pandai melempar marah. Bukan juga pandai menghambur kecewa secara berdepan. Tempat ku di sini saja. Biasanya marah akan memakan aku, justeru lebih baik memilih jauh.
Entah Siti Farida sedar senyap ku. Laraku akan dibawa jauh. Mustahil untuk aku berada di antara Siti Farida. Mustahil.
1 comment:
Semoga dibukakan hatinya... Jangan ada lagi jiwa yang terluka kerananya...
Tuhan,
aku menerima dugaanMu...
aku bersyukur atas petunjukMu...
aku memohon perlindunganMu...
teguhkan jiwaku ya Allah, Tuhan Yang Maha Besar, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu...
Post a Comment