FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, July 24, 2009

Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2009 (FLORIA)


FLORIA Putrajaya datang lagi... Yes! Yes! Yes!!! Suka.... Suka sangat. Ingat lagi dua tahun lepas pergi dengan Yani, tak puas-puas ambil gambar... Macam tak gheti-gheti nak balik sebab asyik bergambar dan sampai kena tegur dengan guard sebab waktu melawat dah habis... Eeee best!!!!!!! So, semua orang kena datang.... Semua orang kena datang.... Diulangi...... SEMUA ORANG KENA DATANG :)

Festival Bunga Dan Taman Putrajaya akan diadakan pada 1 hingga 9 Ogos 2009. Tema tahun ni "Celebration of Colours"... [Erm... bayangkan kemeriahannya..] Lokasi di tepi tasik Presint 2 (dekat dengan jambatan dan Monumen Alaf Baru). Masa pameran Isnin-Khamis dari jam 9.00 pagi - 10.00 malam, Jumaat-Ahad, waktu pameran dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam. Masuk percuma!!

Untuk ke kawasan Festival, disediakan beberapa kemudahan bas iaitu dari Putrajaya Sentral (ERL), presint 8/9/10/11 (FLORIA venue) dan Alamanda (presint 16 - FLORIA venue). Bas Nadi Putra tambangnya 50 sen sahaja dan akan bergerak setiap 15 minit. Rasanya naik bas lagi senang untuk mengelak kesesakkan.

Apa lagi nak cerita erk??? Nanti nak cuba cari gambar yang dulu... Hihi.... Best!!
Maklumat lanjut: http://www.ppj.gov.my/floria/index.html
Post a Comment