FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, July 29, 2009

KeTaWa YaNG NaKaL

Semalam aku membuat panggil kepada seorang teman bicara. Teman yang sentiasa sudi meminjam masa untuk mendengar apa jua yang ingin aku luahkan. Namun di sebalik itu, setiap kata yang diluahkan perlu disusun kerana pasti akan ada soalan dan pertikaiannya. Kerapkali juga cerita ku akan dijadikan sebagai bahan ketawa yang entah datang dari mana jenaka itu boleh datang. Bukan jenaka yang mentertawakan aku (ermm…. iye ke?? macam selalu jugak kena!!!), tapi patah-patah yang dibalas dalam bentuk gurauan itu sebenarnya membawa kepada pemikiran yang lebih jauh. Uuiii susahnya nak terangkan. Yang pasti semua akan jadi macam kelakar, membawa ketawa tetapi makan dalam. Kenyataan yang adakalanya menghiris tetapi masih boleh diterima dan dipertimbangkan kerana ia akan disertakan dengan fakta-fakta dan persoalan yang masuk akal. Sungguhpun bunyinya seperti gurau dan kami ketawa, tapi fuhhhh…. Iya, aku menerima penjelasan seperti itu dengan senang hati. Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya ya?!!!

Buat pertama kalinya, tiga puluh lapan perkataan yang aku luahkan, hanya satu perkataan yang dibalasnya. Turun lagi kepada dua puluh lima perkataan, satu perkataan juga balasnya. Ahhh… kita turun lagi kepada sepuluh patah perkataan, hahahaha satu perkataan juga dibalasnya. Dalam keadaannya yang lemah, rela sahaja aku mentertawakannya…. Hahaha…. Jarang aku punya kesempatan begini… Kasihan dia, tapi aku masih juga mahu mentertawakannya… Aku hanya ketawa, tak sampai hati mahu menanya soalan.

DR, semoga cepat sembuh… Maaf ya kerana nakal ini bukan selalu.
[ketawa lagi, hahaha].
Post a Comment