FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, July 20, 2009

TaKKaN TaK HaPPY KaLo CaM GiNi? EkeKe

Tak habis-habis lagi cerita kat Rumah Panjang eh!! Sebab apa erk??? Ekekeke.... Sebab aku suka sangat kat sana dan macam-macam yang aku buat kat sana. Geng-geng best, tuan-tuan rumah best, aktiviti dan tempat suma best. Kalo tengok gambo, takkan aku nak cakap tak eppy kat sana.... "Eh, ye larrr tak eppy. Tengok aaaa gambo-gambo nih, cam muka tengah eppy ker??" Ahakssssss.....

Sebelum bermulanya pertandingan sumpit yang turut disertai oleh Baning, Long, Kuyung dan Dom, gue dah diberi penghormatan untuk membuat sumpitan. Cewahhhh... Sumpit nyer berat seh, panjang laksss tu. Gambar : Gue control, control eh! Ramai yang tengok nih... [masa mula-mula, malu-malu amau. He]

Ngajat yang tak berapa nak jadik. Akak kat belakang tu naseb baik larrr sporting, nak tolong teman ngajat. Malu tapi suka sangat masa nih... [dalam hati ketawa tak ingat! dah serupa pahlawan pulak aku rasa, siap dengan parang lagi tuh!]

Ngabang kat rumah ayah si Pol (kawan deme2 nih). Orang-orang kat sini memang suka menjamu. Kat sini makan jer kerjanya.

Time main, kita main larrr erk..... Ombak Superplastik geng... ekekeke....

Main-main lagi... Ni kacao instrumen orang, bikin bising rumah panjang kat Sibu... Ada lagi tiga orang tak masuk gambar nih. Serius aaaa main muzik nih, biar ada gaya pro [ewah, ada hati gitu pulak!]. Terkejut tuan-tuan rumah kat sini, siap kuar tengok lagi siapa larrr nak bikin bising malam-malam nih. Ahakssss.... [berani wat bising sebab kat hujung rumah ada orang karaoke, so boleh larr cover muzik sumbangsih kitaorang]

Geli ke nak pegang??? Ala makan korang nakkan??? Sabar jer larr... Dulu kat kebun Opah selalu kail ikan, sekarang nak ngail ker, nak mancing ker tak berapa nak minat. Kalau dok tepi jer tak pe, layan air memang terapi.

Maen air lagi.... Hoho.... Bak cerita P. Ramlee "Sabun di bilik mandi. Sabun di bilik mandi". Semua orang bersiap sedia sebelum membuat terjunan kecuali aku lerrr...

Ubi kayu gaban yang memang aku tak boleh lupa. Berat ni bila angkat. Kira-kira berapa lama larr nak kena tunggu ubi ni leh besar cam gini? Nak suh ibu tanam pokok ubi ni test tengok.

Kacao rumah orang lagi... Ni periuk antik sudah kena punggah. Punya larrr sporting tuan rumah siap kuarkan bekas nak bakar, bawak lakss kayu, cari penyepit nak kasik cam real. [Mud, kita nak masak apa nih Mud? Diorang dah tengok nih.]


Yezza, usik lagi barang-barang... Ko nih Kaki Jalan jer udah lerr.... Cuba jangan usik barang-barang orang.... Eh, bukanlahhhhh.. Tak usik pun. Bendanya memang dah kat situ. Tanya jer, mana tahu diorang nak kasik ajar lagi camner nak guna alat tu. Hehehe... Gambar : Me n David n alat penimbang.

Yeay.... ada lagi barang! Serius ni bukan kes selongkar.... Tuan rumah ajak datang rumah nak tunjukkan gajah dalam rumah.... Dah tengok gajah yang umurnya dah dua ratus tahun (berat seh gajahnya), tengok gong yang memang cantik dan halus ukir (marvellous, cun!) dengan yang kecik tu sebenarnya pengetuk pintu. Pengetuk pintu tu, diorang pasang kat mana tu tak tahu lerr... Segan pulak nak tanya :D

Me and kucing comeiiii kat umah ayahnya Pol. Cam nak kidnap jer kucing nih.. Ekekeke...

Lepas mandi sungai, kita makan aaaa.... Masa ni makan pulut bungkus lauk kari ayam dalam tin, pehtu bawak serunding ikan bilis. Lapar! Lapar! Ayam kena sembelih tu, sat lagi aaa makan...

Terasa seperti gadis gunung yang baru balik dari kebun sayuran (cewahhh). Ada gaya tak??? [tapi masa nie terlupa pakai topi anyam yang sepatutnya, diskaun larr erk. Separuh real!]

Tolong cari jer boleh larrr... Sebenarnya kumpulan-kumpulan siput atau kerangan ni, aku cuma gheti makan kerang jerrr.... Ni rasa nak amek kuyung yang aku dapat nih, silakan.... Tapak tangan hamba hulurkan [ewahhh][ohoiiii tetiba terasa cam model hutan :D]

Ni dengan pokok apa erk??? Alamak dah lupa!!!! Perap lagi lelama, gambo-gambo nih. Yang aku ingat, pokok nih leh wat nira (aiyaya betul ker? Mud, ko kena tolong betulkan aku nih!)

Me in half jungle.... ekekekee... Ni Endun Mas, panggilnya (Ndun). Ada satu lagi gambar lebih kurang cam gini dan aku suka sangat...


Ni aaaa Dum Wan. Dah nak jadik orang sana Dum nih agaknya! Ada satu jer slack, mana ada deme pakai goggle Dum!!

Me n ayahnya Pol. Time nak balik dah nih, dari rumah ujung datang menjenguk kami rombongan dari Kuching (ermmmmm, camner erk?!)

Me n two beautiful girl. Suka diorang nih main n manja.

Me... alah manja betul... Sukanya aku.... muahssss....

Huhu.... makan lagi..... sememangnya duduk di rumah panjang nih, kerjanya makan jerrr... Ni sarapan pagi nih dah makan ubi kayu.... Belum lagi kira pulut ngan nasik..... Ibu tolong Bu, gemuk anakmu di sini :D

Me in senggang. Curi-curi masa doing wat i love to do - menconteng! Orang-orang kat sini cakap tulis yang baik-baik. Yup! Mana nak cari yang kurang kalau di sini semuanya baik-baik sahaja!!!

[TaKKaN TaK HaPPY KaLo CaM GiNi PuNYa baNYaK AkTiviTi??? KiRa Ni aDo YaNG TaK MasuK Nih! HeHeHe.... ]

2 comments:

en_me said...

hi akak yg jeliter tewww.. ehehe

masMZ KaKiJaLaN said...

salam en_me :)