Minggu lepas, lena aku diusik dengan satu panggilan dari sahabat lama dari kampung. Dalam keadaan terkejut dan mamai, melihat nama yang dikenali "Ermmm S", jawablah! Sudah lama tidak mendengar berita dari teman S.
S : Assalamualaikum. Hello, boleh saya cakap dengan cik Walia?
M : Waalaikumsalam. S?
S : Boleh saya cakap dengan cik Walia?
M : Walia? S, nak telefon siapa ni? Dah tersalah dail larr S.
Belum sempat nak bercakap lebih panjang, S sudah memohon maaf. Katanya "Maaf kerana mengganggu". S meninggalkan perbualan dengan membuat aku tercengang-cengang. S? Kenapa pulak nih? Lain macam sangat, kenapa pula minta maaf? Bicara 5 saat, suaranya tenang tetapi kenapa perlu cepat menamatkan perbualan?
S membiar aku tertanya-tanya kebingungan. Namun S tidak membiar aku dalam bingung. Tidak lama kemudian aku menerima sms yang lebih kurang begini, "Cik Walia yang dimaksudkan oleh saya tadi adalah diri anda. MAAF saja mahu mencuri masa 5 saat".
Aduh, senyum. S seorang teman lama di sekolah. Kami biasa-biasa sahaja. S bukan seorang yang banyak cakap. S lebih suka senyum. Entah macam mana S mengajar. S seorang yang berjiwa seni. Berbakat melukis dan karyanya juga seringkali menjadi pameran. Kadang-kadang sukar untuk aku selam rasanya. Terharu atas ingatannya, terima kasih S atas panggilan 5 saat itu.
[cik Walia? Tidak S, tinggi benar gelar yang diberi. Aku bukan pejuang alam, aku hidup di dalamnya]
No comments:
Post a Comment