Argh tak sempat pula mencari sinopsis dan membaca-baca review penonton. Dua kali menunda untuk menonton. Percubaan kali ketiga juga nyaris aku batalkan, namun akhirnya aku berada di dalam dewan ini juga. Teater Menanti Perang Berakhir, mendengar tajuknya sahaja telah memberi satu tanggapan bahawa teater yang akan dipentaskan mempunyai jalan cerita yang berat. Dalam hati, ermmm lagi…. Dari Mana Setangginya, beralih kepada Intan Yang Tercanai, harap-harap jangan perlu mengadap dan memikir untuk memaham. Kepala aku sudah cukup berat sejak kebelakangan ini. Entah kenapa akhirnya aku di sini juga?
Menanti Perang Berakhir merupakan satu skrip adaptasi Kamarul A.R berdasarkan skrip pemenang hadiah pertama Peraduan Menulis Skrip Drama TV anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) karya Muhaimin Sulam. Ceritanya berkisar mengenai Akmal yang dilakonkan oleh Zuraini Kassim, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia Herzegovina. Akmal sedang membuat kajian tentang Awang Leh.
Awang Leh merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke Turki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Awang Leh dipercayai disemadikan di Sarajevo.
Semasa menjalankan kajian, Akmal bertemu dengan Sarah dan Lydia. Pementasan ini akhirnya dirasakan lebih sarat dengan cinta berbanding satu teater yang aku kira penuh dengan peperangan. Cerita Awang Leh sebenarnya hanya menjadi punca dan sebab bergeraknya cerita ini.
Menanti Perang Berakhir kisah cinta Akmal kepada Sarah seorang jurutera yang menyertai Sukarelawan di Sarajevo. Sarah ke sana kerana mencari cintanya iaitu Jani iaitu cinta pertamanya. Jani ke Sarajevo kerana cintanya kepada tuhan dan agama. Jani juga sedang memisahkan cintanya dengan Sarah, kerana tidak mahu Sarah menunggunya. Jani pengidap leukemia, memilih untuk berjihad di bumi Sarajevo kerana tidak mahu matinya sia-sia. Akmal, pada masa yang sama dicintai oleh Lydia, bunga Bosnia yang mengenal Melayu melalui Indonesia. Untuk menambah cerita cinta, rupanya Tahir, teman Akmal juga menaruh cinta kepada Lydia. Arghhhh…. Penuh cinta…. Tolak menolak, semua jiwa berperang sama seperti perang di Sarajevo. Berperang untuk mendapatkan dan mempertahankan cinta. Dan di akhir cerita, yang pasti hanya Jani menemukan cintanya. Tercapai cita-citanya untuk syahid. Sedang watak-watak lain, dibiar dalam tanda tanya.
Keseluruhannya, pementasan ini memang mampu menarik perhatianku. Tidak berganjak dan berjaya membuatkan aku berteka memikir jalan seterusnya. Pelakon-pelakonnya tidak usah dipertikaikan, wajah-wajah biasa dalam pementasan teater. Namun, antara babak-babak yang mengesankan adalah ketika Jani mahu memutuskan perhubungan, ketika Sarah redha dan mengakui hakikat Jani sedang sedang menemui mati dan ketika Dato’ Jalaluddin Hassan keluar membuat penceritaan. Aku juga suka pada babak munculnya Awang Leh dalam mimpi Lydia. Mungkin kurangnya, yang sedikit mengganggu aku ialah suara Sarah yang menenggelamkan suara-suara lain. Bukan aku sahaja yang berperasaan, rupanya adik kecil di sebelah ku yang akhirnya menjadi teman juga menyuarakan rasa yang sama.
Malam ini pementasan terakhir Menanti Perang Berakhir. Bagi yang berkesempatan, mungkin ini peluang terakhir untuk menonton. Pementasan di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah bermula jam 8.45 malam. Bayaran masuk RM10.
Pendukung watak :
Emma Akma - Sarah
Zuraini Kassim - Akmal
Rosli Rahman Adam - Jani
Yunos Mansor - Awang Leh
Hairi Rosli - Tahir
Milyana - Lydia
Nazri Ahmad - Dato' Zaki
Mior Sharul Nizal - Yusof
A. Halim, Shahrul NIzam, Al-Ashib - pencari rotan / rakan setia
Penampilan istimewa : Datuk Jalaluddin Hassan
[Memetik kata-kata Yahya sahabat kepada Jani “Jika kau kata kau boleh hidup tanpa cinta selama 60 saat, maka engkau adalah seorang pendusta”. Ermm…]
6 comments:
aku boleh hidup tanpa cinta selama sehari! haa amacam???
hahahahaha.... janggel, cinta tu dalam macam-macam rupa :)
pstt: bengkel kat Marriot tak nak jemput kitaorang pun!!! (esp aku!) ekekekeke [jemput makan jer, akuikui]
Cinta itu menghidupkan... :)
Cinta juga boleh membinasakan
MazMZ,
Masih adakah manusia yang cintanya semacam Cinta Jani pada Sarah dan Sarah semacam lupakan cintanya yang perlu diakhirinya?
Bagaimana pula Lydia menanti cinta dari Akmal? Segala-galanya akan dijawab pada kisah Cinta Sarajevo yang mungkin dipentaskan...
Insya Allah, kita nantikan...
wahhhh ada sambungan lagi!?!!!! kita tunggu 'Cinta Sarajevo' :)
* dalam realiti kehidupan masa kini, apa masih ada cinta seteguh Jani?
* aku hilang kepercayaan pada cinta
Post a Comment