Hari ni tanpa sedar rupanya sudah empat hari kita di tahun baru. Blog aku rupanya dah bersawang-sawang... Dapat pula entri gudbye Ogos ya?! Lagi larr terasa dah lama... Entri lain dah siap, cuma rasa tak sesuai pula nak publish... Hahahaha *sengal.
Anyway, tahun ni bila ada kawan tanya "Mengapa orang kena buat azam baru setiap kali tahun baru?", terus aku jawab "Tahun ni saya berazam taknak buat azam. Boleh??" Hahahahaha *ok sengal lagi!
Tahun ni rasanya ramai rakan-rakan travelholic yang sudah penuh jadualnya nak pi sana pi sini (hai mai larrr c~nieyyyyyy *sempat lagi iklan tuh!!). Pada aku buat masa sekarang cuma ada satu je destinasi ke luar negara iaitu untuk bulan tiga nanti. Yang lenlain, semua masih dok dalam otak lagi. Rancang-rancang, mungkin ada satu tarikh nak bawa ibu dan ayah pi memana. Rasa macam tak aci pulak, sebab tahun lepas aku tak bawa diorang pi jalan langsung! Rasanya sebab tiga bulan in the row kami ada famili wedding marathon kot! Hahahaha. Most of my trip aku pergi sendiri sebab sambil selam minum air dan jenjalan dengan kengkawan.
Hello 2012 ~ perancangan kasar
Januari ~ sambutan tahun baru pun dah pi jalan! Rasa-rasanya ramai dah kot yang tahu trip seprais naik cruise kemudian lajak terus kembara di negeri Perak (ewah larrr sangatkan?!! Hahahahah... Kira ni baru Part I larrr, erk!)
Way to destinasi |
Febuari ~ harap-harap urusan kerja tak kacao perancangan ke selatan dan semoga peracangan itu akan menjadi kenyataan. Cik Aloyah tak sabo nak berjimba-jimba kekdahnya!
Mac ~ Tengah doa tak ada masalah dengan cuti panjang untuk trip ke salah satu wishlist emas aku. Seminggu lepas tu ada event Kenyir Triathlon, agak-agak masa tu aku dah bersedia ke belum eh??? Rindu dah nak masuk event :D
April ~ Event Kapas-Marang Swimmathon. Dua tahun sudah aku masuk, tahun lepas tak, tahun nih???? Hahahaha.... Rasanya cam kompom tak masuk.... Ampun kengkawan Ombak ku, dah lama den tak cecah ayor!! InsyaAllah kalau ada rezeki, tahun ni den ikut jadi supporter je larr erk.... Hok satu lagi tu, den dah bersaro. Kalau ada rezeki juga, mungkin geng kami akan ke Lang Tengah, hoyeahhhhhh ke lauk (*laut), ke laukk, ohoiiiiiiiii ke laukkkkkkkkk kita weiiiiiiii!!!!!!! I loike!
Jun ~ KL Marathon??? My come back??? Hoyeahhh i'm looking forward
Julai ~ PD International Marathon!!! Jom!!!
September ~ lari**
November ~ Penang Bridge!!!! I loike!!!! Tahun ni aku nak cuba plan supaya event larian yang aku dah buat dua tahun tu tak akan clash dengan Penang Bridge.
So, bulan Mei, Ogos, Oktober dan Disember memang aku kosong lagi untuk aku selitkan trip 'balik kampung' ke Sabah, masuk hutan/ gunung dan juga satu percutian keluarga ;D
Semua kat atas ni, rancang-rancang, angan-angan je. Hopefully, semua akan berjalan lancar dan akan ada trip-trip luar jangka all the way.. Sesungguhnya, adakala jadual aku di luar jangkaan seswai dengan aku yang di luar jangkaan juga (agaknya larrrr ;D).
Hello 2012, aku mengharapkan supaya kamu menyebelahi aku. PLEASEEEEEEE....... hahahahahaha. Selamat tahun baru semua ;D
Tak sabar nak buat come back!!! ecece.... wait for me yo! |
13 comments:
penang bridge run i nakkkk... sbb nak jln atas bridge jek... ada fun run dak?
btw, i hope you dpt langsaikan janji2 manis mu di blog ni! hoyeah! hehehehhe.... i jelese trip surprise u alls.... ehhehhe jumpa di sanaaaaaaa....
Hi Lily!!
Manis eh?? Hahahaha.. Lari Penang Bridge memang best! Suka! Lagipun, ini je larr masanya boleh berlalalala atas jambatan. Last time masa lari atas jambatan tu tengah hujan lebat! Tetiber rasa cam Memori Daun Pisang je :)
Lenkali kita wat seprais 2 erk?! Dah 2 kali seprais u tak join Lily! Bila eh mao jupe!? Hurmmmm... Sepraisssssss :D ~wiNK
Opsssss.... Lily, lupa nak jawab! Fun run ado!!!! Meh larrr memeriahkan suasana hari raya... eh? suasana di Penang Bridge :D
Motif guna punch line aku? ahahaha..... ;p
@bdk2,
Hahahahaha.... kemon everybody! Lets sing together!! Hahahahaha... Banyak larr ko ;p
kemon everybody! Kemon!!! Mailah sinney~
Tak sabo nak mengharung 2012.
Janggel,
Kan?!!! Meh kita pemeskan lagi tag tu! Salam ziarah Mailah C-nieyyy.... Kemon Everybody! Hahahahah. I loike *wiNK~
masmZ,
makaaaaiii...dah bersusun plan nyerrr??
akak gak yg tak plan2...almaklum...opis akak nih suka2 kacau plan cuti..tuh yg cuak nak bersungguh2 merancang...
maila siniiiiiiiiii.....
(memang tak boleh blahhhh...hahaha..)
@k.Anash,
Jadual event memang tetap tiap2 tahun... Ada lagi event all da way... Cuma dapat masuk ke tak je... Saya pun sebenarnya macam akak, aktviti biasa kena cancel sebab mende-menda kat opis nih... *pasrah
event kenyir tu menarik weh...sbb aku tak penah lg gi tasik kenyir...tapi...kena lari ye? alaaaa..lemah lutut la pulak. brp km? ada website ape2 tak aku nak jenguk
psst, klu ada event masuk utan panjat gng ke roger la aku...teringin nak cuba.
hepi new year!
Fatt,
Nak pergi Kenyir tak payah masuk event tu pun boleh! Nak stay kat resort pun ok atau nak dok dalam rumah bot pun boleh....
Kat Kenyir ni event triathlon. Kena habiskan disiplin swimming (1.5km), cycling (40km) dan running (10km). Cuba tengok link ni http://www.triathlonmalaysia.com/race-calendar.php
Entri aku pasal event ni kat sini http://masmz.blogspot.com/2010/04/kenyir-triathlon-i-just-having-fun-wit.html
Kalau nak merasa duduk dalam rumah bot, ada dalam entri Mac 2009. Layannnnnn beb!
Mao join masuk hutan kah?? Hehehe.. InsyaAllah.
peh, stamina mesti power ni.. kalau trail running ada join tak? kalau tak silap jun ni ada event, naik tok nenek-yong yap..
AieSha,
Wehhhh jangan!!!! Aku dah lama giler tak lari beb sejak pindah sini.... Saiz pun dah laen macam (*haduiiii tutup muka!)\
Pernah masuk trailrun kat Genting Highlands tahun lepas. Best giles! tapi kalau nak masuk yong yap, mao pengsan tak bangun2.... nak build-up balik stamina nih jenuh!!! Hahahahaha
Post a Comment