FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, January 20, 2012

EDiSi MeLaNCoNG TaNPa RaNCaNGaN ~ TeTiBa

Boleh pakai ke tajuk karangan 'Edisi Melancong Tanpa Rancangan' ni???  Hurmmm, macam tak boleh, tapi belasah je larrrr.....  *siri PaKaT Mai SiNi tangguh jap! errrrrr.....

Hujung minggu yang baru ni, teman-teman Ombak datang singgah ke tempat KJ sebelum kami bergerak ke majlis perkahwinan teman Ombak iaitu Wan di Grik...  Perjalanan dari Ipoh ke Grik, biasanya akan mengambil masa 2.30 jam bergantung kepada tahap pemanduan lallalalalalaa ie laju ke tidak.  Kami bertolak dari Ipoh pada pukul 12.30 tengah hari, walaupun cita-cita besar nak bertolak pukul sepuluh!!!  Aku pun lupa tang mana yang aku leh percaya time diorang nih, kalau nak punctual biasanya time booking makan kat restoran gitu ~ baru semua orang akan datang on-time hahahakssss.

Dengan dua buah kereta, kami meluncur Lebuh Raya PLUS dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar sebelum menggunakan jalan biasa.  Jalannya elok dan kami tiba di rumah pengantin yang terletak di Kampung Jong.  Surprisingly, ini kali pertama aku pergi kenduri kat kampung yang dah pukul 3 pun  masih ramai orang yang baru datang. Huhhhhh kempunan ingat sampai lambat boleh dapat sapu lauk pengantin! Ekekekeke *berangan!!  Masa kami sampai, ramai lagi yang baru sampai dan sebab kenduri ini dibuat secara gotong-royong, ada lagi yang dok mengacau nasi dalam kawah kat tepi belakang rumah.

Melancong?????

Pengkalan Hulu / Betong

Memandangkan kami sudah berada hampir dengan sempadan Malaysia-Thailand dan Jn bercita-cita untuk membeli toto, maka kami bergerak menuju ke Pengkalan Hulu / Betong (border) untuk mencari hasil tuaian.

Untuk ke gerai-gerai jualan, kita perlu melepasi kastam Malaysia.  Jika hanya untuk membeli barangan di betul-betul sempadan (dalam kawasan), kita dibenarkan masuk tanpa mengemukakan dokumen.  Rasanya ramai akan keliru samaada kereta boleh dibawa melepasi kawasan Kastam atau tak, tapi jika hanya sampai ke sempadan dan berhenti membeli-belah, kereta boleh dibawa masuk.  Jarak dari 'tol' Kastam sampai ke kawasan gerai dalam 400 meter sahaja.

Gerai jualan di kawasan Pengkalan Hulu/ Betong ini tidaklah semeriah di Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, mahupun di Pasir Panjang.  Hanya terdapat dalam sepuluh-dua puluh gerai pintu (masa kami pergi, tak semua gerai buka) dan jualan lebih kepada buah-buahan seperti mangga, mata kucing, salak, ciku (fuhhhh peberet!), limau dan asam-asam.  Selain dari itu ada t-shirt, barangan camping (yes! dapat sambar hammock 2 layer yang murah!) dan periuk.  Tapi semua tak banyak pilihan dan tak boleh nak tawar sangat sebab gerai tak banyak *demand! 

Dah habis shopping, Jeng.Jeng.Jeng....
"Haaa... nak pi mana pulak????"

T.U.N.G.G.U..........

Pose wajib Ombak!! *Pengantin sambut kami dengan keris!!! Fiuuuuuu ganaih mu!

Pengkalan Hulu/ Betong - gerai dan barang jualan yang top

Akakakaka.... ada ke baju nak g USS nih????

Shopping-shopping sambil mengintai seberang sana.... 

Perjalanan dari Pengkalan Hulu menuju ke sebelah pantai barat (Kedah/ Penang)... Super duper cantik!!!!

Teruja!!!!!  Rasa cam kat Sydney! Eh silap! Kat Sini jer larrrr.... Signage, signage ni jumpa sepanjang perjalanan dari Pengkalan Hulu....  Rusa jantan, rusa betina dan yang last sekali signage lembu gemuk!

Hahahahaha....  Baru tahu ada tempat nama Kemangi

Hurmmmmmm..... pesanan ikhlas : berhati-hati di jalan raya... ingatlah yang tersayang :D

16 comments:

Fatt said...

BAJU I LOVE BETONG PON ADEEE???!!!

*pengsan*

pasni kuar baju I LOVE KUALA KANGSOR plak! kakakaka....

Ren said...

huarghhhhhhh baru bangun tido....

Anash said...

Ingat naik feri kat penang aritu...
weh...sempadan thai suda jejak (lalu betong???akak ingat betong ada kat sarawak aje..)

Ely Hasrul said...

aku scroll laju2 alih2 xdpt komen first ciss. .. tapiii part kemangi tu mmg tingat kt kemang hahahhaha

Unknown said...

I LOVE BETUNG tu memang terbaek laaa..ko beli tak???????????????????

Biqque said...

kalo ada I LOVE SIMPANG, aku nak gak fatt! hahahaha!

Lily Riani said...

I LOVE AMPANG? Kemang tinggal situ ke ke ke ke ke??

~Beb~ said...

Cantik gambo2 ni

just.HY said...

wahhh aku nak baju i love betong tuh! menarikkk gilerrr ok!!!

masMZ KaKiJaLaN said...

Fatt,

Hahahaha.... ado.... glamer tak?? Muahahaha....

Kuale Kangsor pangjang yong! kalao ader baik deme letak "i love Sayung"

masMZ KaKiJaLaN said...

Janggel,

take care ya... dok umah lek lok rehat :D

masMZ KaKiJaLaN said...

K.Anash,
haip! pi bocoq rahsia wat pa??? ti larrr tak abeh laei citer nih! hihi


Ely,
muahahahaha.... anda terlambat! Memang aku pun terkejut tengok signboard nama Kemangi tu! Terus ingat Kemang! Ce ko cari ada tak nama tempat dekat nama ko pulak! HAhahahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

BlueEwoke,
jeng.jeng.jeng..... tungguuuuuuuu


Biqque,
Simpang banyak sangat kot!! Ce letak Trong , mesti ramai tak tau mana tempat tu :D

masMZ KaKiJaLaN said...

Lily,

Tu larrrr rupanya kot! Akakakaka... Jom cari nama tempat kita pulak!! Muahahaha..... Ampang??? hurmmmmm "Bukit Belacan" tamao ka?????? ekekeke

masMZ KaKiJaLaN said...

Fabulous Me,
Terima kasih :D

John,
Lalalalalala.... nak kers?????

Fatt said...

Biq,
baju I LOVE SIMPANG tak leh blah...aku dah gelak besar ni. kalaulah mereka2 tau camne ghope SIMPANG kat tepen tu aku rasa mau koyak 18 baju tu...kakakaka...eh tapi simpang dah ada mekdi drive thru hokeh!