Hai lemang.... Tiap-tiap tahun kalau dah dekat-dekat nak raya ni memang cerita lemang je yang kuarkan? Hahaha... Maaflerr... Memang tradisi kalau raya memang tak cukup raya kalau tak ada lemang. Tiap-tiap tahun aku bakar lemang dan membakar lemang memang mempunyai kenangan tersendiri... Lemang memang aku akan tolong isi beras dan bakar sejak zaman doulu-doulu lagi. Tahun arwah Opah tak sihat, Opah pantau dari dapur je dan memberi arahan dari masa ke semasa (step A sampai Z). Yang best sekali, masa dah masak Opah cakap "Cantik lemang Meh. Selok je bako nyerr. Tak ada kerak!". Fuh korang bayangkan betapa bangga nyerr aku masa tu sebab yang menunggu lemang bakar lemang tu aku... Sememangnya perguruan itu adalah yang terakhir aku dan arwah Opah.
Tahun ini, aku tak dapat cuti sebelum raya. Nampak gayanya, inilah pertama kali aku tak membakar lemang. Adussss memang sedih. Apakan daya kerana saya ini Yang Menurut Perintah. Bos teman, dua-dua berebut cuti sebelum raya... Terpaksalah teman berkorban... Nasib baik larr kampung dah dekat dengan tempat kerja baru ini. Ngeeee.....
Kali ni sekali lagi aku kongsi sket cara-cara buat lemang. Katanya ada orang yang rebus pulut dulu, tapi selama ini kami tak pernah lagi buat macam tu. Bakar lar best!!!!! Yezzza.
Antara persediaan yang wajib ada - buluh lemang, daun pisang, pulut, santan dan sedikit garam (kalau kat Sabah dulu, diorang ada letak minyak masak sikettttt! ermmmm kitaorang tak letak)
Ni berasnya... Sila basuh terlebih dahulu!!
Haaaa ni buluh lemang yang dah diisi dengan daun pisang. Pastikan ada lebihan daun kat atas sebab masa bakar nanti, pulutnya kembang naik atas. Kalau lagho, rugi pulak!
Masukkan beras pulut dalam sampai kira-kira satu jari sebelum penuh (ala lebih kurang cam air tanak nasik jaraknya)
Masa isi pulut, bolehlah sediakan tempat bakar. Jangan awal sangat. Kira-kira dah nak habis mengisi.... Rugi pulak sabut, kayu dan bagai :)
Orrait...... isikan santan sampai pulut tenggelam...... Pastikan santan yang dituang tu dah siap-siap kacau dengan garam. Ermmmm satu lagi, spare sikit santan kalau-kalau masa bakar nanti tengok kering sangat - takut tak cukup masak!
Akhirnya proses membakar. Api jangan besar. Buluh lemang kena sentiasa dipusingkan. Kalau pulut dah kuar dari lemang, hentak buluh lemang tu perlahan-lahan sampai pulut tu turun. Proses membakar lebih kurang 4 jam...
Aduh asap!!!! Bila agak-agak lemang dah kering, baringkan lemang macam gambar kat atas ni untuk masak bahagian bawah... Masa ni hanya gunakan bara saja. Lemang perlu lebih kerap dipusing kerana nanti berkerak dan tak best!!! Uiiii yum yum.... Puas hati :D
[alFatihah buat arwah Opah]
3 comments:
best tul buat lemang , teringat masa zaman kecik2 dulu masa tgk org main meriam buluh .nak main sendiri tak berani , tgk orang je ler
rasa nak wat lemang juga la, mcam mudah, tapi kalau wat sendri belum tentu jadi. Kena ada pakar rujuk. Kalau kita jemput Mas sebagai pakar rujuk expert wat lemang di Klate ni nak tak???
xplorer, kita penah merasa tengok orang main meriam buluh gakss... masa tu budak lagi, jadi takleh aaa nak pigi dekat... Best gak aaaa layan bunyi berdentam dentum lawan antara kampung ;D
lemang klate dengan lemang perak sama ke tak??? hahaha boleh aje ;)
Post a Comment